Pelabelan Makanan: Adakah Anda Usahawan yang Peka?

Authors

  • Anis Shuhaiza Md Salleh Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia
  • Yusramizza Md Isa @ Yusuff Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia

Keywords:

pelabelan makanan, syarat-syarat pelabelan, akta makanan, mandatori

Abstract

Perusahaan makanan ringan adalah perniagaan yang berkait rapat dengan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)1. Sama ada pengusaha IKS ini peka atau tidak dengan kehendak undang-undang mengenai pelabelan makanan isu ini masih menjadi tandatanya memandangkan masih terdapat banyak produk yang tidak dilabelkan. Sekiranya ia dilabelkan kekaburan masih ada apakah maklumat yang perlu ada pada label tersebut telah mematuhi kehendak undang-undang. Persoalan yang seterusnya adakah penglabelan ini suatu yang mandatori kepada pengeluar makanan dan apakah wujud sebarang penalti terhadap mereka yang ingkar. Pelabelan yang baik seharusnya membuat pengguna beryakinan dan berasa selamat dengan makanan yang dipilih serta mampu membeli mengikut keperluan, sama ada untuk tujuan diet, kesihatan, harga atau lain-lain keutamaan. Pelabelan makanan dapat dilihat sebagai satu cara untuk mengawal tindakan pengeluar makanan yang cuba mencari keuntungan dengan menipu pengguna melalui pelbagai cara seperti memasukkan bahan tiruan, bahan terlarang atau bahan berkualiti rendah yang boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Pelbagai usaha serta undang-undang dan peraturan telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi menjamin kualiti dan keselamatan produk-produk makanan tempatan. Artikel ini cuba memfokus kepada pelabelan makanan di bawah undang-undang di Malaysia dengan melihat kepada syarat-syarat pelabelan yang perlu dipatuhi oleh pengeluar makanan bagi memberi pengetahuan kepada pengguna untuk memilih barangan terbaik. Peruntukan undang-undang berkaitan pelabelan makanan di beberapa negara luar terpilih turut dilihat sebagai perbandingan.

Additional Files

Published

31-12-2010

How to Cite

Md Salleh, A. S., & Md Isa @ Yusuff, Y. (2010). Pelabelan Makanan: Adakah Anda Usahawan yang Peka?. Journal of Governance and Development (JGD), 6, 40–52. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jgd/article/view/14043

Issue

Section

Articles

Most read articles by the same author(s)