Impak Pelaburan dan Perbelanjaan Kerajaan terhadap Pertumbuhan Ekonomi: Kajian Kes Negeri Sabah dan Sarawak

Authors

  • Fauzi Hussin Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia
  • Ku’Adzam Tuan Lonik Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia

Keywords:

pertumbuhan ekonomi, pelaburan domestik, pelaburan langsung asing, kointegrasi

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan hubungan jangka panjang bagi pelaburan langsung asing (FDI), pelaburan domestik (DI), serta perbelanjaan kerajaan terhadap pertumbuhan ekonomi bagi negeri Sabah dan Sarawak. Prosedur ko%integrasi ujian sempadan atau autoregrasi lat tertabur (ARDL) digunakan untuk menentukan kewujudan hubungan jangka panjang antara pembolehubah kajian. Hasil kajian menunjukkan wujud hubungan jangka panjang yang sah antara pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar. Anggaran koefisien jangka panjang menunjukkan hanya pembolehubah perbelanjaan pembangunan kerajaan sahaja mempunyai hubungan positif dan signifikan terhadap pertumbuhan ekonomi. Sebaliknya, FDI dan DI pula menunjukkan hubungan positif tetapi tak signifikan terhadap pertumbuhan ekonomi negeri Sabah dan Sarawak.

Additional Files

Published

31-12-2009

How to Cite

Hussin, F., & Tuan Lonik, K. (2009). Impak Pelaburan dan Perbelanjaan Kerajaan terhadap Pertumbuhan Ekonomi: Kajian Kes Negeri Sabah dan Sarawak. Journal of Governance and Development (JGD), 5, 63–74. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jgd/article/view/14033

Issue

Section

Articles