Kesan Persepsi Undang-Undang dan Penguatkuasaan Zakat terhadap Gelagat Kepatuhan Zakat Pendapatan Gaji

Authors

  • Kamil Md. Idris Fakulti Perakaunan, Universiti Utara Malaysia, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/jgd2006.2.4

Keywords:

undang-undang zakat, penguatkuasaan, kutipan zakat, gelagat kepatuhan, pendapatan gaji

Abstract

Undang-undang dan penguatkuasaan zakat merupakan suatu instrumen yang digunakan bagi memastikan kutipan zakat. Kutipan zakat pula bergantung kepada gelagat kepatuhan zakat di kalangan anggota masyarakat Islam. Bagaimanapun, tidak ada keterangan empirikal yang menunjukkan kedudukan serta kesan persepsi undang-undang dan penguatkuasaan zakat terhadap gelagat kepatuhan, khususnya masyarakat pekerja Islam yang layak mengeluarkan zakat pendapatan gaji. Justeru itu, kajian ini adalah bertujuan untuk menyelidik kedudukan persepsi anggota masyarakat pekerja Islam terhadap undang-undang zakat serta penguatkuasaannya. Kajian ini tertumpu di negeri Kedah, iaitu negeri yang telah lama mewartakan zakat pendapatan gaji sebagai wajib (sejak 1986). Hasil kajian menunjukkan bahawa anggota masyarakat mempunyai persepsi yang negatif terhadap undang-undang dan penguatkuasaan zakat pendapatan gaji. Bagaimanapun persepsi anggota masyarakat pekerja didapati mempengaruhi gelagat kepatuhan zakat. Ini menunjukkan, walaupun undang-undang zakat merupakan suatu instrumen yang mempengaruhi kepatuhan zakat, namun jika sebahagain besar daripada orang ramai mempunyai persepsi yang negatif terhadap undang-undang tersebut maka prestasi kutipan zakat akan terjejas.

References

Allingham, M. G., & Sandmo, A. (1972). Income tax evasion: A theoretical analysis, Journal of Public Economics, 1 (3,4): 323-328.

Andreoni, J., Errard, B., & Feinstein, J. (1998). Tax compliance, Journal of Economic Literature, 36 (2): 818-860.

Aquinas, T. (1988). On Law, Morality, and Politics, Indianapolis: Hackett Publishing Co.

Churchill, G. A. Jr. (1979). A paradigm for developing better measures of marketing constructs, Journal of Marketing Research, 16 (1): 64-73.

Enakmen Zakat Tahun 1374 (1955), Kedah Darul Aman: Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah.

Friedland, N., Maital, S., & Rutenberg, A. (1978). A simulation study of income tax evasion, Journal of Public Economics, 10 (1): 107-116.

Fuller, L. L. (1964). The Morality of Law, New Haven: Yale University Press.

Kim, J. O. & Mueller, C. W. (1978). Factor Analysis: Statistical Methods and Practical Issues, Beverly Hills: Sage Publication.

Klepper, S. & Nagin, D. (1989). Tax compliance and perceptions of the risks of detection and criminal prosecution, Law and Society Review, 23 (2): 209-40.

Mason, R. & Calvin, L. D. (1984). Public confidence and admitted tax evasion, National Tax Journal, 37 (4): 489-496.

Menard, S. (1995). Applied Logistic Regression Analysis, London: Sage Publication.

Mohd. Daud Bakar. (1998, Mei). The Malaysian Zakat System: Law and Policy Reform. Kertas kerja dibentangkan di “Seminar of Zakat and Taxation” di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur.

Mohd. Ali Baharum. (1989). Bidang kuasa pungutan zakat: kajian kepada enakmen negeri-negeri di Malaysia. Dalam Mohd. Ali Baharom, Zakat Ditinjau Dari Perspektif Sosial, Undang-undang dan Taksiran (hlm. 29-53). Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Islam.

Mujaini Tarimin (1995), “Zakat penggajian: satu penilaian terbaru di Malaysia,” kertas kerja, ITM Shah Alam.

Nunnally, J. C. (1978). Psychometric Theory (2nd ed.). New York: McGraw-Hill.

Roben, H. S. J., Webley, P., Weigel, R. H., Warneryd, K., Kinsey, K. A., Hessing, D. J., Martin, A., Elfers, H., Wahlund, R., Van Langenhove, L., Long, S. B., & Scholz, J. T. (1990). Decision frame and opportunity as determinants of tax cheating, Journal of Economic Psychology, 11 (3): 341-364.

Sekaran, U. (2000). Research Methods for Business, New York: John Wiley & Sons.

Spicer, M. W. & Hero, R.E. (1985). Tax evasion and heuristics, Journal of Public Economics, 26: 263-267.

Webley, P. (1987). Audit probabilities and tax evasion in a business simulation. Economics Letters, 25: 267-270.

Downloads

Published

31-12-2006

Issue

Section

Articles

How to Cite

Md. Idris, K. (2006). Kesan Persepsi Undang-Undang dan Penguatkuasaan Zakat terhadap Gelagat Kepatuhan Zakat Pendapatan Gaji. Journal of Governance and Development (JGD), 2, 32-41. https://doi.org/10.32890/jgd2006.2.4

Research impact

Harvested 2026-09-08
20 citations, from OpenAlex — the highest of the sources checked

Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.

Identifiers DOI 10.32890/jgd2006.2.4 OpenAlex W1168419900