Memahami dan Mengurus Ekstremisme Agama di Malaysia

Authors

  • Mansor Mohd Noor Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia

Keywords:

wacana wahyu, kesejahteraan masyarakat, manipulasi manusia berkepentingan, sosiologi agama

Abstract

Perbahasan tentang Tuhan dan agama terbuka luas untuk dimanipulasi dan diselewengkan oleh manusia hingga boleh membawa kepada kesengsaraan, kezaliman, penindasan dan kehancuran hidup manusia itu sendiri. Kajian telah menunjukkan rakyat Malaysia mungkin berbeza dari segi etnik, budaya dan agama tetapi perbezaan ini tidak primordial atau asas dan mereka diikat oleh ikatan kewarganegaraan dan berkongsi pendapat awam yang sama. Namun, di sebalik kejayaan mengurus masyarakat pelbagai etnik, budaya dan agama ini hingga lahir kemakmuran dan kesejahteraan di negara ini tidak boleh diambil sambil lewa kerana struktur politik kita mempunyai kontradiksi yang tersendiri. Penulis berpendapat kita perlu memahami makna, ciri-ciri, rasional dan pendorong yang ada tentang kenapa kelompok agama bertindak secara ekstremisme perlu diperbahas dan diperjelaskan. Kegagalan memahami imaginasi agama yang mudah terbuka kepada manipulasi manusia berkepentingan hingga berlaku ektremisme dan keganasan telah menyebabkan masalah ini tidak dapat ditangani dengan baik. Penulis berpendapat kita mesti memperkasa individu bukan sahaja dengan wacana wahyu tetapi juga dengan kerangka pemikiran saintifik untuk memahami agama agar kemakmuran, kesejahteraan dan keselamatan dunia dan akhirat dapat dijamin dan bukan menjadi tukang pak turut orang lain. Pengajian agama mesti disepadukan dengan ilmu sains sosial dan sosiologi agama.

Additional Files

Published

31-12-2005

How to Cite

Mohd Noor, M. (2005). Memahami dan Mengurus Ekstremisme Agama di Malaysia. Journal of Governance and Development (JGD), 1, 51–61. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jgd/article/view/13428

Issue

Section

Articles