Pendapatan Bukan Padi Bantu Pesawah Keluar daripada Kemiskinan Lebih Cepat
DOI:
https://doi.org/10.32890/jes2020.2.2.2Kata kunci:
Kemiskinan, pendapatan bukan padiAbstrak
mempunyai pendapatan yang rendah. Justeru, kerajaan mencadangkan agar mereka terlibat dalam aktiviti ekonomi tambahan yang dapat memberikan pulangan yang tinggi. Sehubungan itu, objektif artikel ini adalah untuk mengetahui struktur pendapatan pesawah dan aktiviti ekonomi yang berjaya meningkatkan pendapatan pesawah serta tempoh masa yang dapat disingkatkan sekiranya pesawah mempunyai pendapatan lain selain daripada pendapatan padi. Sampel kajian ialah pesawah di IADA KETARA. Soal selidik telah diedarkan kepada 353 orang pesawah. Kajian mendapati majoriti pesawah (83.3%) berada dalam kategori B40. Hanya 16.4% dalam kategori M40 serta hanya seorang dalam kategori T20. Seramai 64.6% pesawah terlibat dalam aktiviti ekonomi lain selain padi bagi meningkatkan pendapatan. Keputusan kajian juga mendapati pesawah yang terlibat dalam pelbagai aktiviti ekonomi tambahan yang lain lebih cepat untuk keluar daripada kepompong kemiskinan berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai pendapatan daripada sumber aktiviti tambahan yang lain. Sebagai contoh, jika pertumbuhan pendapatan pesawah adalah sebanyak 5%, purata masa yang diambil untuk keluar daripada kepompong kemiskinan bagi mereka yang miskin adalah selama 14.10 tahun sekiranya mereka memiliki pendapatan daripada sumber padi sahaja manakala masa yang diperlukan adalah lebih pendek iaitu 7.82 tahun bagi mereka yang mempunyai sumber pendapatan padi dan bukan padi. Bagi pesawah yang mempunyai pendapatan padi dan pendapatan bukan padi, mereka dijangka dapat menjimatkan masa untuk bebas daripada kemiskinan selama 6.28 tahun (14.10 tahun tolak 7.82 tahun) berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai pendapatan daripada sumber bukan padi. Peningkatan produktiviti melalui pengembelingan tenaga muda dan penggunaan teknologi serta penglibatan aktif pihak kerajaan dan swasta adalah perlu bagi meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan petani padi.
Received 15 September 19. Revised 9 January 20. Accepted 10 January 20.
Rujukan
Ahmad Zubir, I., & Chamsuri, S. (2012). Kawasan pengairan muda: merentasi masa menyangga keselamatan makanan negara. Jurnal Pengurusan Awam. Diambil daripada www.myjurnal.my/filebank/published_article/25909/Article_7.ODF
Barrett, C.B, Reardon. T. & Webb, P. (2001). Nonfarm income diversification and householdlivelihood strategies in rural Africa: Concepts, dynamics and policy implications. Food Policy, 25, 315–331
Corner,L. (1981). The impact of rural outmigration: Labour supply and cultivation techniques in a double cropped padi area, West Malaysia. Unpublished PhD dissertation, Macquarie University, Sydney
De Janvry, A, Sadoulet dan Zhu (2005) De Janvry, A., Sadoulet, E., & Zhu, N. The role of non-farm income in reducing rural poverty and inequality in China, 2005. Working Paper No 1001.Department of Agricultural & Resource Economics, UC Berkeley.
De Janvry, A. (1981). The agrarian question and reformism in Latin America. Baltimore: John Hopkins University Press. Department of Statictic (DOS). Household Income and Basic Amenities Survey Report. Diambil dari https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/ctheme ByCat&cat=120&bul_id=RUZ5REwveU1ra1hGL21JWVlPRmU2Zz09&menu_id=a mVoWU54UTl0a21NWmdhMjFMMWcyZz09
Farah Hanim, A.R., Nurul Nazihah, H. & Norhaslinda, Z.A. (2017). Supply and demand of rice in Malaysia: A system dynamics approach. International Journal of Supply Chain Management, 6, 234-240.
Fields, G. S. (1994). Data for measuring poverty and inequality changes in the developing policies in the Harris-Todaro Model. Journal of Development Economics, 76(1), 127–46.
Food and Agriculture Organizations of the United Nations (FAO). (2011). Economic and social perspectives. The Rice Crisis: Market, Policies and Security. 2010. Edited by David Dawe. www.fao.org/3/a-an794e.pdf
Heyer,J dan I. Campbell. (1999). The effects of famine on capital assets in South West Ethiopia, 1984–1993. Report to the Department for International Development Economic and Social Committee on Overseas Research (DFID-ESCOR), University of Oxford.
Karp, I. (2007). Income distribution and the allocation of public agricultural investment in developing countries. Background paper for the WDR 2008. Washington DC: The World Bank. Quoted in The World Bank, 2008, 209
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). (2018). Perangkaan Agromakanan 2017. Diambil dari http://www.moa.gov.my/ documents/20182/29034/ Perangkaan+ Agromakanan+2017-ilovepdf-compressed.pdf/14f6dd00-f2a1-414b-98a3-251ef670d7fc
Khazanah Research Institute (KRI). (2019). The Status of The Paddy and Rice Industry in Malaysia. http://www.krinstitute.org/assets/xxxcontentMS/img/template/editor/20190409_Rice Report_Full%20Report_Final.pdf
Lanjouw, P. (2000). Rural non-agricultural employment and poverty in Latin America: evidence from Ecuador and El Salvador. In López R. and A. Valdés (eds.). Rural poverty in Latin America. London: Macmillan Press, 2000.
Lanjouw, J.O. & Lanjouw, P. (2001). The rural non-farm sector: issues and evidence from developing countries. Agricultural Economics. 26, 1-23 Journal of Economics and Sustainability
Lanjouw, P. (1998). Ecuador's rural nonfarm sector as a route out of poverty. World Bank Policy Research Working Paper 1904.Washington, DC: World Bank. Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua parlimen Keempat Belas 201922 Julai Hingga 31 Julai 2019 soalan No. 1 Hingga 174. Online Malaysia Parliament Report, https://www.parlimen.gov.my/files/jindex/pdf/JDN22HINGGA31JULAI2019.pdf. Capaian 3 september 2019.
Mohd Rashid, R., & Mohd Dainuri, M.S. (2013). Food and livelihood security of the Malaysian Paddy Farmers. Economic and Technology Management Review, 8, 59-69.
Morduch, J. (1998). Poverty, economic growth, and average exit time. Economics Letters, 59, 385–390
Neda, T. & Azimi, H. (2011). Agri-tourism: Potential opportunities for farmers and local communities in Malaysia. African Journal of Agricultural Research, 7 (31), 4357-4361. Norsida, M; Sayiya, & S.I. (2009). Off-Farm Employment Participation Among Paddy Farmers in The Muda Agricultural Development Authority and Kemasin Semerak Granary Areas of Malaysia. Asia-Pacific Development Journal, 16 (2), 141-153.
Radin Firdaus, R.B., Ahmad Zubir, I., Chamhuri, S., & Abdul Hamid, J. (2014). Penghidupan petani padi dalam mendepani cabaran perubahan iklim: Peranan intervensi kerajaan menerusi sistem subsidi harga padi (SSHP). Kajian Malaysia, 32 (2), 73-92.
Shand, R.T. (1987). Malaysia income distribution in a dynamic rural sector: Some evidence from Malaysia. Economic Development and Cultural Change, 36 (1), 35–50.
Shand, R.T. & Chew, T. A. (1983). Off-farm employment in the Kemubu Project in Kelantan, Malaysia. Paper presented at a Conference in Chiang-Mai, Thailand, 23–26August.http://www.cababstractsplus.org/abstracts/Abstract.aspx?AcNo=198767044 59 (accessed 12 May 2010)
Siti Badariah, S.N. & Mohd Rosli, M. (2016). Distributional Effects of Non-farm incomes in Malaysia Rice Bowl. International Journal of Social Economics, 43(2), 205-220.
Siti Hadijah Che Mat & Roslan Abdul Hakim. (2010) Kesan pendapatan bukan pertanian ke atas krmidkinsn: kajian kes petani di Kedah. Jurnal Ekonomi Malaysia, 44, 101-107.
Siti Hadijah Che Mat, Ahmad Zafarullah Abdul Jalil. & Mukaramah Harun. (2012). Non-farm income and income inequality in rural Kedah. International Review of Business Research Papers, 8(2), 1-11
Siti Hadijah Che Mat, Nor’Aznin Abu Bakar and Ahmad Zafarullah Abdul Jalil. (2012). Pendapatan bukan pertanian dan sumbangannya dalam memendekkan tempoh masa keluar daripada kepompong kemiskinan. Kajian Malaysia, 30(2), 121-141.
Watts, H. W. (1968). An economic definition of poverty. In On understanding poverty, ed. D. Moynihan, 316–329. New York: Basic Books.
World Development Report. (2008). World development report 2008. Agriculture for development. Washington DC: The World Bank
