Potensi Eksport Firma Usahawan Bumiputera Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam Sektor Pembuatan

Authors

  • Noorasiah Sulaiman Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Nasir Mohd Saukani Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Kebarangkalian eksport, keupayaan usahawan Bumiputra, Sektor pembuatan dan PKS

Abstract

Keupayaan mengeksport adalah indikator kepada penglibatan firma dalam menyertai era globalisasi. Peratus keluaran yang berjaya di eksport oleh sesebuah firma menjadi penentu kepada tahap penglibatan firma dalam merebut peluang globalisasi. Walau bagaimanapun eksport bukan mudah dilakukan, khususnya dalam kalangan firma Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang kurang mampu untuk bersaing pada peringkat antarabangsa. Artikel ini bertujuan menyelidik sejauh mana firma PKS sektor pembuatan Bumiputera mempunyai perancangan untuk mengeksport. Seterusnya regresi logistik bertujuan menganalisis hubungan pemboleh ubah bersandar eksport dengan ciri-ciri yang menyumbang kepada penglibatan eksport. Hasil kajian regresi logistik menunjukkan pemboleh ubah penerang bagi usia firma, pengalaman, jumlah pekerja dan nilai pengeluaran firma penting terhadap kecenderungan pengusaha untuk mengeksport. Jenis industri pula mendapati kategori bagi keluaran logam asas, logam direka, besi dan keluli mencatatkan kebarangkalian terhadap eksport lebih tinggi berbanding industri lain.

 

Additional Files

Published

18-12-2008

How to Cite

Sulaiman, N., & Mohd Saukani, M. N. (2008). Potensi Eksport Firma Usahawan Bumiputera Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam Sektor Pembuatan. International Journal of Management Studies, 15(2), 183–204. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9883