Sumbangan Infrastruktur Telekomunikasi Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Malaysia

Authors

  • Azlina Azmi Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya
  • Fatimah Said Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya

Abstract

Objektif kajian ini ialah mengkaji sumbangan infrastruktur telekomunikasi terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia antara tahun 1985-2003. Model pertumbuhan ekonomi dianggarkan dengan mengambil kira, antara lainnya, pemboleh ubah infrastruktur telekomunikasi yang diukur oleh kadar penembusan talian tetap dan mudah alih bagi 100 orang penduduk. Penemuan kajian ini menunjukkan infrastruktur telekomunikasi secara konsisten memberikan sumbangan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Namun demikian pelaburan infrastruktur telekomunikasi negara mengalami pulangan pertambahan mengikut skel dan selaras dengan teori “critical massâ€. Ini bermakna sumbangan positif akan dinikmati apabila infrastruktur telekomunikasi negara berkembang, khususnya apabila kadar penembusan mencapai 40%.

 

Additional Files

Published

01-06-2007

How to Cite

Azmi, A., & Said, F. (2007). Sumbangan Infrastruktur Telekomunikasi Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Malaysia. International Journal of Management Studies, 14(1), 143–166. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9824