China dan Kuasa Hegemoni Baru Ekonomi

Authors

  • Rusdi Omar Fakulti Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia

Abstract

Kejatuhan empayar Soviet Union pada tahun 1990 telah menyaksikan bahawa China adalah satu-satunya negara besar tunggal yang berfahaman komunis di dunia dan berkemungkinan besar mengambil alih peranan yang dimainkanoleh Soviet Union sebelum ini. Kemunculan semula China di arena antarabangsa selepas menjalankan dasar isolasi dapat memberi impak yang besar terhadap negara-negara kuasa besar yang lain. Hasrat dan aspirasi China untuk kembali menjadi sebuah kuasa hegemoni baru terutamanya dalam aspek ekonomi bukan sahaja di peringkat serantau tetapi juga di peringkat global telah menjadikannya sebagai negara yang digeruni oleh kuasa besar yang lain. Artikel ini, akan membincangkan perubahan dasar ekonomi tertutupkepada dasar ekonomi terbuka yang diimplimentasikan oleh pemimpin negaraChina dalam usaha untuk menjana aktiviti perekonomian yang lebih kompetetifserta kepentingan keanggotaan China dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia(WTO). Selain itu peranan kemasukan Hong Kong dan Macau turutmemangkin kepada pembangunan ekonomi China.  

Additional Files

Published

01-06-2006

How to Cite

Omar, R. (2006). China dan Kuasa Hegemoni Baru Ekonomi. International Journal of Management Studies, 13(1), 1–38. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9244