PENGURUSAN ORGANISASI PERUSAHAAN PERIKANAN OLEH JURAGAN LAUT DALAM DI MALAYSIA

Authors

  • Norfatiha Othman Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
  • Abdul Rahman Abdul Latip Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
  • Nor Hayati Sa'at Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
  • Nor Hanim Awang@Mohd Noor Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/ijms2023.30.2.12

Keywords:

Pengurusan nelayan, organisasi perikanan, industri perikanan, juragan laut dalam

Abstract

Organisasi merupakan satu unit sosial yang mengandungi individu atau kumpulan yang mempunyai kebergantungan antara satu sama lain untuk mencapai matlamat organisasinya. Bagi memastikan sesebuah organisasi mencapai matlamat yang diinginkan, kepengurusan dalam sesebuah organisasi atau perusahaan adalah penting. Begitu juga dalam perusahaan aktiviti penangkapan ikan laut dalam yang sering dikatakan tidak tersusun dan tiada organisasi. Justeru kajian ini bertujuan menjelaskan corak pengurusan organisasi aktiviti penangkapan ikan oleh juragan laut dalam. Kajian dilakukan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Semenanjung Malaysia, iaitu di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur iaitu Mersing. Responden kajian ini adalah seramai 17 orang, iaitu lima di Kelantan, tiga di Terengganu, enam di Pahang dan tiga di Mersing menerusi pendekatan kualitatif. Penemuan kajian menunjukkan juragan ini yang merupakan pengurus perusahaan mempunyai organisasi yang bersistematik dan teratur. Malah mereka boleh menyusun setiap ahli organisasi mengikut kepakaran bidang sama ada organisasi di darat mahupun organisasi di laut. Penemuan ini secara tidak langsung dapat menghuraikan kecelaruan kepada umum bahawa komuniti nelayan sebenarnya mempunyai perancangan dan pengurusan dalam menjalankan operasi tangkapan ikan.

Metrics

Metrics Loading ...

Additional Files

Published

31-07-2023

How to Cite

OTHMAN, N., Abdul Latip, A. R., Sa’at, N. H., & Awang@Mohd Noor, N. H. (2023). PENGURUSAN ORGANISASI PERUSAHAAN PERIKANAN OLEH JURAGAN LAUT DALAM DI MALAYSIA. International Journal of Management Studies, 30(2), 523–552. https://doi.org/10.32890/ijms2023.30.2.12