Pengurusan Kewangan Dana Masjid: Satu Kajian di Daerah Kubang Pasu, Kedah

Authors

  • Hydzulkifli Hashim Omar Pusat Pengajian Perniagaan Islam Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Mohd Yazid Isa Pusat Pengajian Perniagaan Islam Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Noraini Yusuff Pusat Pengajian Perniagaan Islam Universiti Utara Malaysia, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/ijms2015.22.2.7

Keywords:

Pengurusan perbelanjaan masjid, Kewangan dana masjid, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), masjid

Abstract

Makalah ini bertujuan menilai kaedah pengurusan kewangan masjid yang terdapat di daerah Kubang Pasu, Kedah. Kajian dijalankan bersandarkan dua metode, iaitu analisis dokumen dan kajian lapangan. Analisis dokumen digunakan sebagai metode utama untuk pengumpulan data yang terdiri daripada data buku, kertas persidangan dan artikel jurnal. Metode kedua merupakan kajian lapangan temu bual dan soal selidik dijalankan terhadap 26 responden yang terlibat dalam pengurusan masjid seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, imam, bilal, dan siak. Hasil kajian mendapati masjid di Kubang Pasu, Kedah memperoleh pendapatan melalui pengumpulan dana (sedekah) yang merangkumi hampir 80% daripada sumber perolehan. Purata kutipan daripada pengumpulan dana di sesebuah masjid menjangkau sehingga RM 3,700 setiap bulan. Dapatan kajian juga menunjukkan pengurusan kewangan masjid di daerah Kubang Pasu mempunyai pola pengurusan pendapatan dan pengurusan perbelanjaannya yang tersendiri. Dari aspek pengurusan pendapatan, masjid di daerah Kubang Pasu telah membahagikan pendapatan kepada dua kategori, iaitu dana am dan dana khas. Pengurusan perbelanjaan pula dibahagikan kepada tiga kategori yang utama, iaitu idariyah, ijtimaiyah dan tijariyyah. Hasil kajian ini diharap dapat memberi panduan kepada pembuat dasar seperti Majlis Agama Islam Negeri untuk merangka beberapa garis panduan yang boleh menguatkan aktiviti masjid.
 
 

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdullah, A. G. (2009) Pengurusan kewangan masjid: Isu dan cabaran. Prosiding Seminar Pengurusan Masjid Peringkat ASEAN. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Ajmain Safar, Ismail Mustari & Idris Ismail. (2004). Peranan masjid dalam membangun ummah. Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid 25-27 September 2004, Kedah. Sintok: Pusat Islam Universiti Utara Malaysia. http://ijms.uum.edu.my/ IJMS 22 (2), 115–134 (2015) Asharaf Mohd Ramli, Abdullah Jalil, Norman Hamdan, Asmaddy

Haris, & Mohammad Aizuddin Abdul Aziz. (2012). Pengurusan kewangan masjid: Model imarah masjid, Negeri Sembilan. Nilai, Negeri Sembilan: Wisdom Publication.

Baker, H. K. (1987). Internal financial management. Florida: Books for Professional Inc. Ezad Azraai Jamsari, Siti Noorasikin Tumiran, Kaseh Abu Bakar &

Zamri Arifin. (2010). Peranan dan sumbangan institusi masjid dalam pembangunan masyarakat Melayu-Islam di Singapura: Satu Kajian di Masjid Assyafaah, Sembawang. Journal of Islamic and Arabic Education, 2(1), 31–44.

Jaafar, A., Sanep, A., Mariani A.M. & Hairunnizam, W. (2010). Dana dan harta masjid di Malaysia: Ke arah pengurusan strategik. National Workshop on Capacity Building Towards Excellance in Econ. Research & Policy Formulation, 23-24 April 2001, Fakulti Ekonomi UKM dan UUM. Joni Tamkin Borhan, Mohd Yahya Mohd Hussin, Fidlizan Mohammad & Mohd Fauzi Abu@ Hussin. (2011). Membentuk usahawan Muslim: Peranan dana masjid. Al-Basirah, 1(1), 53–63.

Joni Tamkin Borhan & Che Zarrina Saari. (2003). Pembangunan ekonomi masjid. Dlm. Norrodzoh Siren & Yusmini Md. Yusof (Penyt.), Membangun institusi masjid. Petaling Jaya: Intel Multimedia & Publication.

Lukman Ab. Rahman & Musa Ahmad. (1996). Pengantar sains pengurusan masjid. Melaka: Majlis Agama Islam Melaka & Kolej Islam Melaka. Mohd Yahya Mohd Hussin, Fidlizan Muhammad, Azila Abdul Razak, Nurul Fadly Habidin & Syed Ismail Syed Mohamad. (2012). Eksplorasi dana kewangan masjid di negeri Perak. Prosiding PERKEM, V11(2), 1274–1286.

Mokhtar, S. A. M. (2003). Peranan masjid dalam Islam. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah.

Nana Rukhmana. (2002.) Masjid dan dakwah upaya pemecahan krisis moral dan spiritual. Jakarta, Indonesia: Almawardi Prima.

Nangkula Utaberta, & Hafshah Othman. (2011). Analisis hadiths dalam permasalahan perancangan masjid modern di Malaysia. Journal of Islamic Architecture, 1(3).

Salawati Haris. (2009). 6 Strategi masjid boleh buat duit. Yadim: Milenia Muslim.

Scott, J. D. F, Martin, J. D., Petty, J. W., & Keown, A. J. (1996). Basic financial management. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall IJMS 22 (2), 115–134 (2015) http://ijms.uum.edu.my/

Zakaria Bahari, & Mohd Kamal Omar. (2004). Penjanaan dana pengurusan masjid. Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid 25-27 September 2004. Kedah: Pusat Islam Universiti Utara Malaysia, Sintok. http://ijms.uum.edu.my/ IJMS 22 (2), 115–134 (2015) KAJIAN LEADS Pembangunan Ekonomi Masjid serta Pengurusan Kewangan dan Aktiviti Masjid Tuan/Puan Kami, penyelidik dari UUM sedang menjalankan kajian mengenai tajuk di atas. Kajian ini telah dibiayai oleh Geran LEADS Universiti Utara Malaysia. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji pandangan responden mengenai pengurusan pembangunan ekonomi masjid serta kepentingannya dalam membentuk masjid yang produktif. Maklumat yang diberi akan DIRAHSIAKAN dan akan digunakan untuk tujuan akademik sahaja. Terima kasih atas kerjasama anda. Sebarang persoalan sila hubungi ketua penyelidik Dr Hydzulkifli di 019-9514323 atau email hydzulkifli@uum.edu.my Penyelidik: Dr Hydzulkifli Hashim Omar Dr Ahmad Bashir @ Zolmat Aziz Mohamad Yazid Isa Noraini Yusuff Kalimah Shahidan http://ijms.uum.edu.my/ IJMS 22 (2), 115–134 (2015) BAHAGIAN A: MAKLUMAT UMUM 1. Nama Masjid : 2. Qariah/Kg : 3. Jawatan : Imam Ahli Jawatankuasa Masjid Bilal Lain-lain, sila nyatakan BAHAGIAN B: MAKLUMAT KEWANGAN MASJID (TAHUN 2012/ 2013) Maklumat boleh dalam bentuk jumlah sebenar atau jumlah anggaran: Pendapatan Pendapatan Pejabat Agama Tabung Masjid Sumber Lain - Rumah Sewa - Hasil Tanah Bulanan Tahunan Jumlah Jenis-jenis tabung yang dimiliki oleh masjid (tandakan X) Tabung Jumaat Tabung Anak Yatim Tabung Wakaf Lain (Senaraikan …) Perbelanjaan Perbelanjaan Bayaran Penceramah Elaun AJK Bulanan Tahunan http://ijms.uum.edu.my/ IJMS 22 (2), 115–134 (2015) Utiliti (Api Air) Penyelenggaraan Masjid Jamuan Derma/ Bantuan Jumlah Aset Masjid Aset Simpanan di Bank Bangunan (selain dari masjid) Tanah Kenderaan Harta Wakaf (senaraikan…. Jumlah Jumlah (RM) Kekerapan pengurusan masjid menghebahkan/mempamerkan kedudukan kewangan masjid kepada para jamaah adalah secara (tandakan X): Mingguan Bulanan Tahunan http://ijms.uum.edu.my/ IJMS 22 (2), 115–134 (2015)

Downloads

Published

29-12-2015

Research impact

Harvested 2026-09-07
2 citations, from OpenAlex — the highest of the sources checked

Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.

Identifiers DOI 10.32890/ijms2015.22.2.7 OpenAlex W7061136022

Most read articles by the same author(s)