Kemapanan dan Daya Saing Pajak Gadai Islam Di Malaysia: Perspektif Perintis

Authors

  • Azila Abdul Razak Faculty of Management and Economics Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Fidlizan Muhammad Faculty of Management and Economics Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Mohd Yahya Mohd Hussin Faculty of Management and Economics Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Fatimah Salwa Abdul Hadi Faculty of Management and Economics Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/ijms2014.21.2.6

Keywords:

Pajak gadai Islam, pajak gadai konvensional, kemapanan, daya saing

Abstract

Pembiayaan pajak gadai konvensional telah wujud sejak abad ke-19 lagi. Namun, praktis pemberian pinjaman daripada pajak gadai konvensional sering dikaitkan dengan penyelewengan dan mempunyai unsur eksploitasi terhadap peminjam. Sebagai alternatif, pajak gadai Islam yang pertama telah diwujudkan pada tahun 1992 iaitu Muassasah Gadaian Islam Terengganu dengan inisiatif oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Sehingga tahun 2013, terdapat 464 buah cawangan daripada 10 institusi yang menawarkan pembiayaan pajak gadai Islam berbanding pajak gadai konvensional yang berlesen iaitu 259 buah. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis persepsi tiga perintis utama pemegang pajak gadai Islam di Malaysia iaitu MAIDAM, YaPEIM dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia berkaitan aspek kemapanan dan daya saing produk, isu pembiayaan berfokuskan penggunaan dan kesedaran masyarakat terhadap kewujudan pajak gadai Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan temu bual separa berstruktur terhadap tiga institusi perintis pajak gadai Islam. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pajak gadai Islam berupaya untuk bersaing dan berkembang dengan penawaran sistem gadaian yang berkonsepkan syariah, pengenaan upah simpan yang rendah dan matlamat pembiayaan yang tidak berorientasikan keuntungan dan lebih kepada tanggungjawab sosial. Untuk kemapanan dan daya saing skim ini, peranan kerajaan juga amat penting terutamanya dalam mewujudkan satu akta pajak gadai Islam yang khusus serta mempertingkatkan lagi pemberian lesen kepada pemegang pajak gadai yang berpotensi. Aktiviti promosi dan hebahan maklumat melalui media massa dan elektronik juga perlu dipertingkatkan bagi memberi kesedaran dan pemahaman kepada masyarakat khususnya mereka yang beragama Islam untuk memilih skim ar-Rahnu sebagai alternatif kepada pajak gadai konvensional.
 
Kata kunci: Pajak gadai Islam, pajak gadai konvensional, kemapanan, daya saing.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Ghafar Ismail. (2004, Oktober 12–14). Skim ar-rahnu pengukuhan kerjasama serantau: Pengalaman Malaysia. Kertas kerja dibentangkan di Konvensyen ar-Rahnu Serantau, anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia dengan kerjasama Sekretariat ar-Rahnu Serantau. Kuala Lumpur.

Appannan, S., & Doris, G. (2011, Oktober 21–22). A study on Islamic pawn broking awareness and factors influencing the scheme in Sungai Petani, Kedah. Kertas kerja dibentangkan di 2nd International Conference on Business and Economic Research 2011, anjuran International Economics Development and Research Center, Cario.

Asmadi Mohamed Naim. (2005). Sistem gadaian Islam. Islamiyyat, 26(2), 39–57. Azila Abdul Razak, Fidlizan Muhammad, Mohd Yahya Mohd

Hussin, Suraini Mohd Rhouse, & Emilda Hashim. (2013, Jun Jun 7–9). Peranan institusi pajak gadai Islam dalam pembangunan sosioekonomi. Kertas kerja dibentangkan di Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-8, anjuran Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM dengan kerjasama Majlis Profesor Negara, Johor Bahru.

Azila Abdul Razak. (2011). Economic and religious significance of the Islamic and conventional pawnbroking in Malaysia: Behavioural and perception analysis (Tesis Ph.D tidak diterbitkan). Durham University, UK.

Bhatt, P., & Sinnakkannu, J. (2008, 13–14 Oktober). Ar-rahnu (Islamic Pawning Broking) opportunities and challenges in Malaysia. Kertas kerja dibentangkan di 6th International Islamic Finance Conference 2008, anjuran Monash University, Kuala Lumpur.

Fatimah Ismail. (1987). Gadaian dan amalan dalam masyarakat Melayu: Satu kajian menurut hukum Islam di Mukim Kurung Hitam, Kuala Nerang, Kedah. Kertas Projek, Fakulti Syariah, Universiti Malaya.

Malaysia. (2003). Akta A1209. Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 (Pindaan) 2003. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional. Mohd Rafi Yaacob, Ghazali Ahmad, Mohamed Dahlan Ibrahim, Norwatim Abd Latiff, Noraesyah Saari, Shamsul Khairi Abu Hasan, Norsyeirawani Shari, & R. Zarinatun Mohd Abdul

Kader. (2012). Islamic pawn broking (ar Rahnu): Critical success factor and Application for co-operatives. Diperoleh daripada http://webcache.googleusercontent.com http://ijms.uum.edu.my/ IJMS 21 (2), 111–134 (2014)

Muhammad Saiful Islami Mohd Taher. (2006). Penerimaan pelanggan terhadap skim pajak gadai (al-rahn): Kajian di Kedai ar-Rahnu Bank Rakyat cawangan Alor Setar, Kedah (Tesis sarjana tidak diterbitkan). Jabatan Syariah dan Ekonomi, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Myers, M. D. (2009). Qualitative research in business and management. London: SAGE Publications.

Nafisah Mohamed, Abdul Ghafar Ismail, & Selamah Maamor. (2013). Operators. Dlm. Selamah Maamor & Abdul Ghafar Ismail (Eds.), Ar-Rahnu: Islamic pawnbroking (hlm 163–183). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nur Azura Sanusi & Mohamad Shukri Johari. (2006, Ogos 29–30). Prestasi perkhidmatan ar-rahnu: Kajian kes MGIT. Kertas kerja dibentangkan di National Seminar in Islamic Banking and Finance: Islamic Wealth Management, Prospects, Issues and Challenges, Serdang, Selangor. Portal rasmi fatwa Malaysia. Diperoleh daripada http://www.e-fatwa. gov.my

Safinar Salleh. (2005). Sistem gadaian Islam: Pengamalan dan keberkesanan operasinya di negeri Perlis (Tesis sarjana tidak diterbitkan). Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Selamah Maamor. (2013). Success story of ar-rahnu customers. Dlm. Selamah Maamor & Abdul Ghafar Ismail (Eds.), Ar-Rahnu: Islamic pawnbroking (hlm. 303–306). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Selamah Maamor, Abdul Ghafar Ismail, Nur Azura Sanusi, Raziah

Md. Tahir, & Zalina Zainal. (2005). Pawn shop in Malaysia: The effectiveness and expansionary of micro-credit. IRPA: 05-02-070077-EA001.

Skully, M. T. (2005, November 17). Islamic pawnbroking: The Malaysian experience. Kertas kerja dibentangkan di 3rd International

Islamic Banking and Finance Conference 2005, anjuran Monash University Malaysia, RHB Bank dan ALDWICH WIPRO, Kuala Lumpur. IJMS 21 (2), 111–134 (2014)

Downloads

Published

30-12-2014

Research impact

Harvested 2026-09-08
0 citations recorded so far

Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.

Identifiers DOI 10.32890/ijms2014.21.2.6