PEMBENTUKAN PERPADUAN DI MALAYSIA MELALUI NILAI BUDAYA DALAM ANIMASI UPIN DAN IPIN (Unity Formation in Malaysia Through Cultural Values in Upin and Ipin Animation)

Authors

  • Siti Nurkhalida Md Ariff Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Phat a/l Awang Deng Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Yusniza Yaakub Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/ahjmm2023.1.6

Keywords:

Kebudayaan, animasi, perpaduan, Upin dan Ipin, teori sosialisasi

Abstract

ABSTRAK

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa perpaduan kaum di Malaysia belum lagi utuh. Perasaan curiga antara kaum masih lagi wujud kerana sesetengah masyarakat yang terpengaruh dengan sentimen perkauman yang sering dihujahkan oleh pihak-pihak tertentu termasuklah ahli politik. Hal ini telah menyebabkan masyarakat di Malaysia kurang memahami budaya masyarakat lain malah takut untuk bergaul dengan kaum lain. Kepelbagaian budaya di Malaysia perlu diraikan oleh setiap masyarakat di Malaysia dengan berusaha untuk memahami budaya kaum lain. Animasi Upin dan Ipin memainkan peranan dalam mempromosikan budaya majmuk di Malaysia dengan memaparkan perasaan kasih sayang dan keharmonian rakyat Malaysia, malah telah diangkat sebagai duta mahabbah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis nilai-nilai pendidikan budaya yang terdapat dalam animasi Upin dan Ipin yang dapat membantu dalam membentuk perpaduan di Malaysia terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian untuk menyerlahkan nilai pendidikan budaya dalam animasi Upin dan Ipin berdasarkan pandangan Teori Sosiolisasi. Hasil kajian mendapati bahawa nilai budaya yang terdapat dalam animasi Upin dan Ipin memberikan pengetahuan yang baharu tentang kepelbagaian budaya di Malaysia, serta penting sebagai satu usaha memupuk perpaduan di Malaysia.

ABSTRACT

 

It can’t be denied that racial unity in Malaysia is not perfectly intact. Feelings of prejudices among races still exist due to the influences of racial sentiments that  often argued by certain parties including politicians. This has created lack of understanding among Malaysian regarding other culture and even afraid to mingle with other races. Cultural diversity  needs to be celebrated by every community in Malaysia through understanding of the culture of every Malaysian. Upin and Ipin animations play a role in promoting pluralistic culture in Malaysia by displaying the feelings of love and harmony as Malaysians, and have even been appointed as ambassadors of love. Therefore, this study aims to identify and analyze the values of cultural values found in Upin and Ipin animation that can assist forming unity in Malaysia especially among children. This qualitative study uses the content analysis method as a research design to highlight the value of cultural values in Upin and Ipin animation based on the view of Socialization Theory. The results of the study found that the cultural values found in Upin and Ipin animation provide new knowledge about cultural diversity in Malaysia, as well as being important as an effort to gain unity in Malaysia.

 

References

Anthea Yap. (2017). Makan besar Tahun Baru Cina kaya dengan simbolik. Capaian pada 3 Ogos 2021 daripada https://www.astroawani.com/berita-malaysia/makan-besar-tahun-baharu-cina-kaya-dengan-simbolik-130106.

Arfa Yunus. (2012). Pesta cahaya, sambutan sarat dengan tradisi. Capaian pada 3 Ogos 2021 daripada https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pesta-cahaya-sambutan-sarat-dengan-tradisi-848.

Azhar Hj. Wahid. (2018). Etos dan nilai budaya dalam 100 pepatah pepitih Melayu Siti Zainon Ismail. Jurnal Seni dan Pendidikan Seni. 6(1), hal. 95-101.

Bernama. (2019). Karakter Upin dan Ipin diangkat sebagai duta mahabbah-Maszlee. Capaian pada 2 Julai 2021 daripada https://www.astroawani.com/berita-malaysia/karakter-upin-ipin-diangkat-sebagai-duta-mahabbah-maszlee-200344

Dahlan Abdul Ghani. (2015). Upin & Ipin: Promoting Malaysian culture values through animation. Historia y comunicacion social. 20(1), hal. 241-258.

Jessabell Soo. (2014). Dulu dan kini Sambutan Tahun Baru Cina. Capaian pada 3 Ogos 2021 daripada https://www.astroawani.com/gaya-hidup/dulu-dan-kini-sambutan-tahun-baru-cina-29017.

Mana Sikana. (2011). Dinamika dramatik: Tuntutan teoretis dan perlanggaran tekstual. Jurnal Melayu. 6(1), hal. 187-210

Mazarul Hasan, Norazimah Zakaria & Norazilawati Abdullah. (2019). Nilai pendidikan dalam bahan pengajaran multimedia kartun animasi Upin dan Ipin untuk murid Sekolah Rendah. International Journal of Heritage, Art and Multimedia. 2(4), hal. 12-23.

Muhamad Syahman Mahdi, Yusmilayati Yunos & Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff. (2020) Penerimaan pelajar terhadap animasi Upin dan Ipin sebagai Alat Bantu Mengajar. Jurnal Melayu Sedunia. 3(1), hal. 48-78.

Muhamad Syahman Mahdi, Yusmilayati Yunos & Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff. (2021). Strategi pemantapan perpaduan menerusi animasi Upin dan Ipin. Malaysia Journal of Society and Space. 17(2), hal. 366-374.

Muhammad Mushfique Ahmad Ayoup. (2019). Irsyad Al-Hadith Siri ke-433: Balasan memuliakan orang tua. Capaian pada 3 Ogos 2021 daripada https://muftiwp.gov.my/ artikel/irsyad-al-hadith/3786-irsyad-al-hadith-siri-ke-433-balasan-memuliakan-orang-tua

Muhammad Sahrul Fahiz Mat Ariff & Maizatul Haizan Mahbob. (2020). Impak media animasi terhadap kemahiran interpersonal kanak-kanak. Jurnal Wacana Sarjana. 4(4), 1-11.

Nizha Perlaswamy. (2018). 5 perkara menarik mengenai ‘kolam’ yang ramai tak tahu. Capaian pada 3 Ogos 2021 daripada https://www.freemalaysiatoday.com/category /bahasa/2018/11/02/5-perkara-menarik-mengenai-kolam-yang-ramai-tak-tahu/

Norafiza Jaafar. (2020). Fahami budaya pelbagai kaum. Capaian pada 2 Julai 2021 daripada https://www.sinarharian.com.my/article/70954/KHAS/

Noor Aida Mahmor & Nasihah Hashim. (2015). Citra wanita Melayu dalam cerita animasi kanak-kanak Upin dan Ipin. Journal of Education and Social Science. 2(1), 137-149.

Nazura Ngah. (2017). Sambutan perayaan berbilang kaum, agama kunci negara aman. Capaian pada 2 Ogos 2021 daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017 /01/240 525/ sambutan-perayaan-berbilang-kaum-agama-kunci-negara-aman.

Pipik Asteka, Yulia Ningsih & Suryo Ediyono. (2019). Nilai-nilai budaya dalam antologi cerpen Indonesia-Malaysia dan implementasinya sebagai bahan ajar apresiasi sastra di SMA. Jurnal Pendidikan, Kebahasaan dan Kesastraan Indonesia. 3(1), hal. 11-23.

Tan Sri Lee Lam Thye. (2017). Terap perpaduan, galak anak bergaul pelbagai kaum. Capaian pada 2 Julai 2021 daripada https://www.bharian.com.my/taxonomy/term /61/2017/02/252640/terap-perpaduan-galak-anak-bergaul-pelbagai-kaum

Tan Sri Lee Lam Thye. (2018). Memupuk perpaduan dan patriotisme. Capaian pada 3 Julai 2021 daripada https://www.bharian.com.my/rencana/surat-pembaca/2018/09/469640/ memupuk-semangat-perpaduan-dan-patriosme

Tan Sri Lee Lam Thye. (2017). Sambutan perayaan berbilang kaum, agama kunci negara aman. Capaian pada 3 Julai 2021 daripada https://www.bharian.com.my/berita /nasional/2017/01/240525/sambutan-perayaan-berbilang-kaum-agama-kunci-negara-aman

Tan Su Lin. (2014). Adat resam dan pantang larang Tahun Baru Cina. Capaian pada 3 Ogos 2021 daripada https://www.astroawani.com/gaya-hidup/adat-resam-dan-pantang-larang-tahun-baru-cina-29179

Tan Sri Muhyiddin Yassin. (2020). Jadikan kepelbagaian kaum dan agama kekuatan untuk bina negara. Capaian pada 5 Julai 2021 daripada https://www.pmo.gov.my/ms /2020/12/jadikan-kepelbagaian-kaum-dan-agama-kekuatan-untuk-bina-negara-pm-muhyiddin/

Downloads

Published

31-07-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Md Ariff, S. N., Deng , P. a/l A., & Yaakub, Y. (2023). PEMBENTUKAN PERPADUAN DI MALAYSIA MELALUI NILAI BUDAYA DALAM ANIMASI UPIN DAN IPIN (Unity Formation in Malaysia Through Cultural Values in Upin and Ipin Animation). Applied History Journal of Merong Mahawangsa, 1, 82-94. https://doi.org/10.32890/ahjmm2023.1.6

Research impact

Harvested 2026-09-22
0 citations recorded so far

Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.

Identifiers DOI 10.32890/ahjmm2023.1.6 OpenAlex W4386204550