Integrasi Pasaran-Pasaran Saham di Rantau APEC: Satu Kajian Empirikal

Authors

  • Hooy Chee Wooi Sekolah Pengurusan Universiti Sains Malaysia

Keywords:

Integrasi pasaran saham, blok perdagangan, ICAPM, GARCH

Abstract

Artikel ini mengkaji proses sebut harga pasaran-pasaran saham di negaranegara rantau APEC dengan mempertimbangkan pengaruh faktor blok perdagangan. Penemuan utama kajian ini ialah: Pertama, faktor-faktor blok perdagangan didapati signifikan dan mempertingkatkan kuasa penjelasan Model Sebut Harga Aset Modal Antarabangsa (International Capital Asset Pricing Model), ICAPM; Kedua, dengan menggunakan APEC sebagai platform, artikel ini menunjukkan bahawa pasaran-pasaran bagi Negara membangun didapati lebih sensitif dengan pasaran dunia; Ketiga, sebut harga bagi blok-blok perdagangan yang lain didapati tidak mempunyai pengaruh yang kuat. Sumbangan artikel ini adalah memberi penerangan baru kenapa pasaranpasaran saham bagi negara-negara membangun tidak berintegrasi sangat dengan pasaran dunia; disebabkan mereka lebih integrasi dengan pasaranpasaran saham di blok perdagangan sendiri.

 

Additional Files

Published

28-12-2007

How to Cite

Wooi, H. C. (2007). Integrasi Pasaran-Pasaran Saham di Rantau APEC: Satu Kajian Empirikal. International Journal of Management Studies, 14(2), 127–142. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9848