Perbandingan Penggunaan Algoritma Krzyzak dengan Algoritma Rambatan Balik Piawai dalam Domain Peramalan

Authors

  • Razana Alwee Fakulti Sains Komputer t3 Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia
  • Roselina Sallehuddin Fakulti Sains Komputer t3 Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia
  • Siti Mariyam Hj. Shamsuddin Fakulti Sains Komputer t3 Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia

Keywords:

Rangkaian Neural, Algoritma Rambatan Balik, Algoritma Krzyzak, Peramalan, Data Siri Masa

Abstract

Artikel ini bertujuan mengkaji prestasi rangkaian neural menggunakan algoritma Krzyzak  dengan algoritma rambatan balik piawai dalam domain peramalan. Kajian dilakukan terhadap data siri masa tak bermusimiaitu pengeluaran hasil kayu balak negara. Ukuran prestasi adalah berdasarkan dua perkara iaitu ketepatan ramalan yang dihasilkan dengan menggunakan ralat purata kuasadua (RMS) dan masa pembelajaran, iaitu masa yang diambil oleh setiap model untuk menumpu. Hasil kajian menunjukkan dengan pemilihan pemalar pembelajaran yang kecil, algoritma Krzyzak adalah lebih baik berbanding algoritma rambatan balik piawai bagi peramalan jangka sederhana dan jangka panjang.

 

Additional Files

Published

25-02-2004

How to Cite

Alwee, R., Sallehuddin, R., & Hj. Shamsuddin, S. M. (2004). Perbandingan Penggunaan Algoritma Krzyzak dengan Algoritma Rambatan Balik Piawai dalam Domain Peramalan. International Journal of Management Studies, 11, 171–183. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9193