Keberkesanan Komunikasi Organisasi: Satu Analisis Multidimensi

Authors

  • Che Su Mustaffa Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden Universiti Utara Malaysia

Abstract

Komunikasi memainkan peranan penting dalam konteks survival sesebuah organisasi. Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa terlalu sedikit kajian yang dilakukan menumpukan kepada hubungan antara kepuasan komunikasi dan komitmen terhadap organisasi dalam konteks Malaysia. Tambahan pula, hubungan kedua-dua pembolehubah berkenaan adalah lebih berbentuk andaian tanpa bukti-bukti empirikal melalui kajian di berbagai organisasi. Sehubunganini, kajian ini memberikan fokus kepada hubungan antara kepuasan terhadapkomunikasi organisasi dan komitmen terhadap organisasi di Malaysia. Data dikumpulkan menggunakan soal selidik Kepuasan Komunikasi yang dibentuk oleh Downs (1990) dan soal selidik Komitmen Organisasi oleh Meyer dan Allen (1990). Sejumlah 317 orang responden terlibat dalam kajian ini. Hasilkajian menunjukkan wujud hubungan yang positif antara kepuasan terhadapkomunikasi organisasi dan komitmen terhadap organisasi. Kajian ini turutmemaparkan kepentingan kepuasan komunikasi dikaji sebagai elemenmultidimensi. Setiap dimensi mungkin mendatangkan kesan yang berbezaterhadap komitmen.

 

Additional Files

Published

30-12-2004

How to Cite

Mustaffa, C. S. (2004). Keberkesanan Komunikasi Organisasi: Satu Analisis Multidimensi. International Journal of Management Studies, 11(2), 91–122. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9178