PENGARUH NILAI KERJA TERHADAP TINGKAH LAKU KERJA INOVATIF DAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI: MODAL PSIKOLOGI SEBAGAI PENGANTARA (The Influence of Work Values on Innovative Work Behaviour and Psychological Well-Being: The Psychological Capital as a Mediator)

  • Nur Atiqah Abdullah Dr
  • Norhafizah Abu Hassan
  • Noor Hasni Juhdi
  • Norazila Mat

Abstract

Tujuan makalah ini adalah untuk menguji pengaruh nilai kerja ke atas tingkah laku kerja inovatif dan kesejahteraan psikologi pekerja. Kajian ini juga menguji peranan modal psikologi sebagai pengantara dalam perhubungan ini. Data kajian (n=227) dikumpulkan daripada  pegawai pengurusan dalam sektor awam di Putrajaya, Malaysia. Analisis Pengesahan Faktor (Confirmatory Factor Analysis, CFA) digunakan untuk menguji kesahan konvergen model pengukuran konstruk. Analisis pemodelan persamaan struktur digunakan untuk menganggarkan kesepadanan model hipotesis dengan data kajian. Keputusan kajian menunjukkan nilai kerja mempengaruhi kedua-dua modal psikologi dan kesejahteraan psikologi secara langsung. Hasil kajian juga menunjukkan nilai kerja mempengaruhi tingkah laku kerja inovatif secara tidak langsung melalui modal psikologi sebagai pengantara. Dapatan kajian ini menyarankan dengan memupuk dan memperbaiki nilai kerja dapat memberi kesan yang positif terhadap modal psikologi pekerja dan seterusnya dapat meningkatkan tingkah laku kerja inovatif dan kesejahteraan psikologi di tempat kerja.

 

Published
2020-07-23
How to Cite
ABDULLAH, Nur Atiqah et al. PENGARUH NILAI KERJA TERHADAP TINGKAH LAKU KERJA INOVATIF DAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI: MODAL PSIKOLOGI SEBAGAI PENGANTARA (The Influence of Work Values on Innovative Work Behaviour and Psychological Well-Being: The Psychological Capital as a Mediator). International Journal of Management Studies, [S.l.], v. 27, n. 1, p. 123-150, july 2020. ISSN 2180-2467. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/7674>. Date accessed: 20 sep. 2020.