MODEL DANA TAMBAHAN BAGI PENAWARAN TAKAFUL MIKRO KEPADA WARGA EMAS

  • Asiah Kamal Department of Syariah and Economics, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, Malaysia
  • Ahmad Azam Sulaiman@Mohamad Department of Syariah and Economics, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, Malaysia
  • Mohammad Taqiuddin Mohamad Department of Syariah and Economics, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, Malaysia

Abstract

Pada tahun 2030, Malaysia di jangka mencapai status negara tua apabila penduduk yang berumur 60 tahun dan ke atas meningkat seramai 5.6 juta orang iaitu 15% daripada jumlah keseluruhan penduduk. Berdasarkan statistik ini, kajian dijalankan untuk mengkaji penawaran takaful mikro kepada warga emas yang perlu ditawarkan menggunakan dana tambahan. Oleh itu, artikel ini merangka model-model dana tambahan bagi penawaran takaful mikro kepada warga emas. Metodologi kajian secara kualitatif digunakan untuk mencapai tujuan kajian yang melibatkan temu bual dengan pengawal selia syarikat takaful, tiga syarikat takaful yang menawarkan produk takaful mikro di bawah inisiatif “Perlindungan Tenang” dan penilai model yang melibatkan wakil industri serta dua orang ahli akademik yang terlibat sebagai penasihat syariah bagi menilai model penggunaan dana yang digunakan. Hasil dapatan kajian telah membentuk model penawaran takaful mikro menggunakan model wakaf dan endowmen, model CSR wakaf, model zakat dan kombinasi dana daripada pelbagai sumber sebagai dana tambahan dalam penawaran takaful mikro kepada warga emas.

Published
2020-12-31
How to Cite
KAMAL, Asiah; SULAIMAN@MOHAMAD, Ahmad Azam; MOHAMAD, Mohammad Taqiuddin. MODEL DANA TAMBAHAN BAGI PENAWARAN TAKAFUL MIKRO KEPADA WARGA EMAS. International Journal of Islamic Business, [S.l.], v. 5, n. 2, p. 48-71, dec. 2020. ISSN 0127-662X. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijib/article/view/13249>. Date accessed: 20 apr. 2021.
Section
Articles

Most read articles by the same author(s)