TY - JOUR AU - Mohamed On, Harlina PY - 2014/12/01 Y2 - 2024/03/29 TI - PENGIKLANAN BIDANG KEPAKARAN PEGUAM: KEPERLUANNYA DALAM MEMBANTU BAKAL KLIEN MEMILIH PEGUAM JF - UUM Journal of Legal Studies JA - UUMJLS VL - 5 IS - 0 SE - Articles DO - UR - https://e-journal.uum.edu.my/index.php/uumjls/article/view/4576 SP - 13-29 AB - <p>Dalam konteks pengiklanan oleh peguam, menjadi kewajipan profesion guaman untuk mendidik masyarakat, khususnya mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah, mengenai kewujudan dan kesediaan perkhidmatan guaman dalam membantu mereka menyelesaikan sesuatu masalah perundangan. Lantaran itu, iklan mengenai perkhidmatan guaman wajar mengandungi maklumat yang relevan untuk diketahui umum. Walau bagaimanapun, melihat kepada kaedah publisiti yang mengawal profesion guaman Malaysia, maklumat yang boleh diiklankan sebahagian besarnya terbatas kepada biodata peguam serta butiran mengenai firma dan rakan kongsi peguam. Maklumat lain yang lebih penting untuk diketahui awam, yang boleh membantu mereka untuk membandingkan perkhidmatan yang wujud di pasaran, serta memilih perkhidmatan peguam mana yang bersesuaian dengan keperluannya, tidak boleh diiklankan. Salah satunya ialah maklumat mengenai bidang kepakaran peguam. Berdasarkan metod analisis kandungan, kertas kerja ini membincangkan tentang sekatan untuk mengiklankan bidang kepakaran seperti yang terkandung dalam kaedah publisiti yang mengawal profesion guaman Malaysia, serta membuat perbandingan dengan peraturan yang dikuatkuasakan di Amerika Syarikat, United Kingdom (England &amp; Wales) dan Australia (New South Wales). Berdasarkan pensampelan mudah, soal selidik untuk meninjau persepsi awam dan peguam berhubung isu ini turut diedarkan dan dapatannya dipersembahkan secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti pihak peguam dan awam mempunyai persepsi bahawa maklumat mengenai bidang kepakaran adalah maklumat yang sesuai untuk diiklankan oleh peguam.</p> ER -