@article{Badarulzaman_2014, title={KAJIAN KES TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM LWN BANK ISLAM (M) BERHAD MENGENAI ISU PENENTUAN KEPUTUSAN OLEH MAHKAMAH ATAU MAJLIS PENASIHAT SHARIAH DALAM HAL-HAL KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM}, volume={5}, url={https://e-journal.uum.edu.my/index.php/uumjls/article/view/4583}, abstractNote={<p>Majlis Penasihat Shariah (SAC) telah ditubuhkan di bawah Bank Negara Malaysia bagi tujuan menyelaras prinsip-prinsip Islam di dalam isu-isu kewangan dan merupakan badan rujukan utama di dalam kes-kes berkaitan kewangan Islam di dalam negara. Walaubagaimanapun, pindaan Akta Bank Negara Malaysia 2009 telah memberi kesan kepada keputusan SAC berkaitan isu kewangan Islam apabila SAC dapat mengikat mahkamah sivil untuk mengikutnya di dalam keputusan sesuatu kes. Berikutan masalah ini, kuasa SAC telah dilihat bertentangan dengan semangat perlembagaan melalui hak kesamarataan dan hak mahkamah untuk membuat keputusan tanpa terikat dengan mana-mana badan. Pindaan yang dibuat di dalam Akta Bank Negara Malaysia 2009 melalui beberapa peruntukan juga dianggap sebagai bertentangan dengan perlembagaan (unconstitutional). Kertas kerja ini akan menggunakan kaedah kajian perbandingan (comparative study) yang melibatkan perbandingan beberapa akta dan peruntukan undang-undang serta perlembagaan persekutuan. Kertas kerja ini juga mencadangkan agar kedudukan SAC diperkemaskan melalui kewujudan akta baru iaitu Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) dan peranan SAC dapat diperkukuhkan demi kemaslahatan perbankan dan kewangan Islam.</p> <p><em>Kata kunci: Majlis Penasihat Shariah (SAC), Institusi Perbankan dan Kewangan Islam, Bank Negara Malaysia, Undang-Undang Perlembagaan</em></p>}, journal={UUM Journal of Legal Studies}, author={Badarulzaman, Muhammad Hafiz}, year={2014}, month={Dec.}, pages={169–183} }