ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN AMALI BERASASKAN RASPBERRY PI TOPIK ELEKTRIK PROGRAM MATRIKULASI

Authors

  • Aslindawati Abdullah Fakulti Sains Dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Nurul Syafiqah Yap Abdullah Fakulti Sains Dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mohd Ikhwan Hadi Yaacob Fakulti Sains Dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris

DOI:

https://doi.org/10.32890/pr2021.3.11

Keywords:

matrikulasi, sikap terhadap STEM, minat terhadap fizik, analisis keperluan,Raspberry P

Abstract

Kajian analisis keperluan ini memberi fokus kepada kepentingan membina alat sokongan pengajaran dan pembelajaran makmal yang boleh diaplikasi secara berfokus terhadap objektif dan keperluan kumpulan sasaran. Dalam kajian analisis keperluan bagi pembangunan modul amali RASPHY, penentuan punca masalah dan topik yang paling sukar merupakan fokus utama bagi memastikan modul yang dihasilkan membantu pelajar dan pensyarah dalam pembelajaran subjek fizik di kolej matrikulasi. Seramai 203 orang responden yang terdiri daripada 173 pelajar dan 30 pensyarah fizik dari semua kolej  matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia terlibat dalam kajian analisis keperluan ini. Dapatan kajian ini mendapati majoriti responden setuju bahawa amali fizik yang dijalankan secara konvensional memerlukan pembaharuan untuk meningkatkan kefahaman dan minat mereka dalam menjalankan amali secara lebih optimum. Selain itu topik yang paling sukar yang menjadi pilihan utama responden adalah topik Elektrik iaitu topik ke tujuh belas dalam sukatan pelajaran fizik program matrikulasi. Dengan pembangunan modul amali RASPHY yang menggunakan teknologi Raspberry Pi adalah diharapkan dapat membantu pelajar dan pensyarah dalam meningkatkan pencapaian, sikap terhadap STEM dan minat pelajar matrikulasi dalam topik Elektrik.

Additional Files

Published

2021-07-31