PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN STEM BERINTEGRASIKAN BYOD (BRING YOUR OWN DEVICE) UNTUK PENDIDIKAN FIZIK DI KOLEJ MATRIKULASI: SATU ANALISIS KEPERLUAN

Authors

  • Asdy Hakim Arif Unit Fizik, Kolej Matrikulasi Kedah
  • Wei Tho Siew Jabatan Fizik, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Shahrul Kadri Ayop Jabatan Fizik, Universiti Pendidikan Sultan Idris

DOI:

https://doi.org/10.32890/pr2021.3.9

Keywords:

Pembelajaran STEM, Bring Your Own Device, M-Pembelajaran, Kolej Matrikulasi, Pendidikan Fizik, Asdy Hakim Arif

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keperluan bagi membangunkan Modul Pembelajaran STEM berintegrasikan BYOD (MP-SIB) dalam topik Elektromagnet untuk pelajar fizik kolej matrikulasi. Satu kajian analisis keperluan melalui kaedah soal selidik dan temu bual dijalankan terhadap pelajar dan pensyarah bagi subjek  Fizik di Kolej Matrikulasi Zon Utara. Analisis keperluan ini digunakan untuk menentukan apakah keperluan dalam menetapkan reka bentuk dan membangunkan modul pembelajaran dalam topik Elektromagnet. Analisis data bagi data kuantitatif adalah menggunakan statistik diskriptif untuk termasuk analisis kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Daripada hasil analisis keperluan, dapat dikenal pasti bahawa proses pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Fizik perlu disokong
dengan modul pembelajaran dan topik yang dicadangkan untuk kajian ini adalah Elektromagnet. Melalui soal selidik tentang masalah yang dihadapi pelajar, item ‘Tanpa sebarang alat bantu mengajar
ataupun modul yang menarik, sukar untuk memahami konsep fizik yang hendak disampaikan’ mempunyai min yang paling tinggi iaitu 4.88 dengan SP= 0.494. Manakala, bagi soal selidik pembangunan
modul, item ‘Bahan bantu mengajar dengan pendekatan STEM perlu diterapkan dalam kalangan pelajar’ mempunyai min yang paling tinggi iaitu sebanyak 4.45 dengan SP=1.014.

Additional Files

Published

2021-07-31