Pembangunan Modul Pembelajaran STEM Berintegrasikan BYOD (Bring Your Own Device) untuk Pendidikan Fizik di Kolej Matrikulasi: Satu Analisis Keperluan
DOI:
https://doi.org/10.32890/pr2021.3.12Kata kunci:
Pembelajaran STEM, Bring Your Own Device, M-Pembelajaran, Kolej Matrikulasi, Pendidikan FizikAbstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keperluan bagi membangunkan Modul Pembelajaran STEM berintegrasikan BYOD (MP-SIB) dalam topik Elektromagnet untuk pelajar fizik kolej matrikulasi. Satu kajian analisis keperluan melalui kaedah soal selidik dan temu bual dijalankan terhadap pelajar dan pensyarah bagi subjek
Fizik di Kolej Matrikulasi Zon Utara. Analisis keperluan ini digunakan untuk menentukan apakah keperluan dalam menetapkan reka bentuk dan membangunkan modul pembelajaran dalam topik Elektromagnet. Analisis data bagi data kuantitatif adalah menggunakan statistik diskriptif untuk termasuk analisis kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Daripada hasil analisis keperluan, dapat dikenal pasti bahawa proses pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Fizik perlu disokong dengan modul pembelajaran dan topik yang dicadangkan untuk kajian ini adalah Elektromagnet. Melalui soal selidik tentang masalah yang dihadapi pelajar, item ‘Tanpa sebarang alat bantu mengajar ataupun modul yang menarik, sukar untuk memahami konsep fizik yang hendak disampaikan’ mempunyai min yang paling tinggi iaitu
4.88 dengan SP= 0.494. Manakala, bagi soal selidik pembangunan modul, item ‘Bahan bantu mengajar dengan pendekatan STEM perlu diterapkan dalam kalangan pelajar’ mempunyai min yang paling tinggi iaitu sebanyak 4.45 dengan SP=1.014.
Rujukan
Altschuld, J. W., & Witkin, B. R. (2000). From needs assessment to action: Transforming needs into solution strategies. Thousand Oaks:Penerbit Sage.
Amani Dahaman. (2014). Pembangunan modul m-Pembelajaran Bahasa Arab di Institut Pendidikan Guru. Kuala Lumpur: University Malaya.
Ani Ismayani. (2016). Pengaruh penerapan STEM project-based learning terhadap kreativitas matematis siswa SMK. Indonesian Digital Journal of Mathematics and Education, 3(4), 264–272.
Drew, D. E. (2011). STEM the tide: Reforming science, technology, engineering, and math education in America. Baltimore: John Hopkins University Press.
El-Hussein, M. O. M., & Cronje, J. C. (2010). Defining mobile learning in the higher education landscape. Journal of Educational Technology & Society, 13(3), 12-21.
Elfeky, A. I. M., & Masadeh, T. S. Y. (2016). The Effect of Mobile Learning on Students’ Achievement and Conversational Skills. International Journal of higher education, 5(3), 20-31.
English, L. D. (2016). STEM education K-12: perspectives on integration. International Journal of STEM Education, 3(1), 1-8.
Faridah Mohamad & Norasyikin Mohd Zaid. (2008). Pembangunan Modul Multimedia Interaktif Menggunakan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Senario Bagi Tajuk Pembangunan Practitioner Research, 3, (July) pp: 171-Perisian Multimedia Berasaskan Cd-rom. Disertasi Kedoktoran: Universiti Teknologi Malaysia.
Green, R. H. (1979). Sampling design and statistical methods for environmental Biologists. Kanada: Penerbit John Wiley & Sons.
Honey, M., Pearson, G., & Schweingruber, H. A. (2014). STEM integration in K-12 education: Status, prospects, and an agenda for research. Washington, DC: National Academies Press.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and psychological measurement, 30(3), 607-610.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Malaysia.
Mahyuddin Arsat & Norshahidah Shafie. (2009). Pembangunan modul” Basic of electric and electronic”. Disertasi Kedoktoran yang tidak diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia. Mazlini Adnan, Aminah Ayob, Ong E.T., Mohd Nasir Ibrahim &
Noriah Ishak. (2017). Memperkasa pembangunan modal insan Malaysia di peringkat kanakkanak: Kajian kebolehlaksanaan dan kebolehintegrasian pendidikan STEM dalam kurikulum PERMATA Negara (Enhancing Malaysian human capital from early childhood: A study in the feasibility and inte. GeografiaMalaysian Journal of Society and Space, 12(1), 29-36.
McKillip, J. (1987). Need analysis: Tools for the human service and education. Applied Social Research Methods Series, 10. Sage Publications: Thousand Oaks, CA
Mizan Kamalina Assin. (2013). Amalan penggunaan modul pengajaran berasaskan Modul Multimedia Interaktif (MMI) dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV). Disertasi Kedoktoran: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Muhamad Nidzam Yaakob, Ahmad Sobri Shuib & Nurahimah Mohd
Yusoff. (2020). Pembangunan Model M-Pembelajaran Untuk Kursus Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Ipg: Satu Analisis Keperluan. Practitioner Research, 1, 87–110.
Muhammad Shukri, Lilia Halim & T Subahan Mohd Meerah. (2013). Pendidikan STEM dalam Entrepreneurial Science Thinking ‘ESciT’: Satu Perkongsian Pengalaman dari UKM untuk ACEH. In Aceh Development International Conference. 26-28.
Mutwiwa, P. N. (2017). BYOD concept and issues relating to adoption in learning institutions. International Journal of Education Management and Administration (IJEMA), 1(1), 22–34. Practitioner Research, 3, (July) pp: 171-
Parsons, D., & Adhikar, J. (2016). Bring Your Own Device to Secondary School: The Perceptions of Teachers, Students and Parents. Electronic Journal of E-Learning, 14(1), 66–80.
Richey, R. C. (2013). Encyclopedia of terminology for educational communications and technology. New York: Springer.
Sagala, R., Umam, R., Thahir, A., Saregar, A., & Wardani, I. (2019). The Effectiveness of STEM-Based on Gender Differences: The Impact of Physics Concept Understanding. European Journal of Educational Research, 8(3), 753-761.
Shaharuddin Mohd Salleh& Halimatun Saadiah.(2008). Pembangunan Modul Pembelajaran Kendiri Keelektromagnetan, Fizik Tingkatan Lima Berasaskan Pendekatan Konseptual Melalui Visual. Disertasi Kedoktoran: Universiti Teknologi Malaysia.
Shahanom Nordin. (1994). Penghasilan dan penilaian Keberkesanan Modul Pengajaran Kendiri Fizik di kalangan pelajar berbeza kebolehan dan jantina pada peringkat Tingkatan 4. Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia.
Sharifah Alwiyah Alsagoff, (1981). Pengenalan pengajaran dengan tumpuan khas kepada modul pengajaran dan modul pembelajaran. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 3(1), 46-57.
Song, Y. (2014). “Bring Your Own Device (BYOD)” for seamless science inquiry in a primary school. Computers & Education, 74, 50–60.
Suraya Bahrum, Norsalawati Wahid & Nasir Ibrahim. (2017). Integration of STEM Education in Malaysia and Why to STEAM. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 7(6), 645–654.
Tijerina, P. A. (2017). The impact of the bring your own device program on academic achievement in mathematics in a sample of 7th graders: An explanatory sequential mixed methods inquiry. (Tesis PhD). Texas A&M University-Corpus Christi.
Utami, T. N., Jatmiko, A., & Suherman, S. (2018). Pengembangan Modul Matematika dengan Pendekatan Science, Technology, Engineering, And Mathematics (STEM) pada Materi Segiempat Desimal. Jurnal Matematika, 1(2), 165-172.
Winters, N. (2007). What is mobile learning. Big Issues in Mobile Learning, 7–11.









