TY - JOUR AU - Mohamed, Mahmood Nazar AU - Don, Yahya AU - Hassan, Mohamad AU - Kasa, Muhamad Dzahir PY - 2005/01/31 Y2 - 2024/03/29 TI - Program Pendidikan Pencegahan Dadah SLAD: Adakah Ia Berkesan Mencapai Matlamatnya? JF - Malaysian Journal of Learning and Instruction JA - MJLI VL - 2 IS - 0 SE - Articles DO - UR - https://e-journal.uum.edu.my/index.php/mjli/article/view/7576 SP - 39-59 AB - <div>Pendidikan pencegahan dadah menjadi satu isu penting di sekolah-sekolah hari ini memandangkan penglibatan golongan remaja dengan dadah yang semakin meningkat. Walaupun golongan remaja dan muda tidak banyak terlibat dengan narkotik dan dadah lain yang amat berbahaya, namun semakin ramai golongan ini mula mencuba, menggunakan dan menyalahgunakan tembakau, dadah rekreasi, thinner dan gam. Ini terbukti dengan statistik yang dibekalkan oleh Agensi Dadah Kebangsaan. Satu daripada strategi untuk meningkatkan kesedaran mengenai dadah serta membina pertahanan dalam diri remaja untuk tidak mencuba dadah ialah pendidikan pencegahan dadah di sekolah-sekolah. Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) merupakan ratu kaedah inovatif yang sedang digunakan sekarang ini di Malaysia untuk memberi pengetahuan dan kesedaran mengenai dadah di kalangan pelajar tingkatan 4 atau gred 10, di samping memberi input secukupnya supaya mereka yang mengikuti SLAD boleh bertindak sebagai rakan yang menasihati remaja lain untuk menjauhi dadah. Kajian ini menggunakan rekabentuk eksperimen pra-pasca ujian yang membandingkan kumpulan yang serupa di antara sekolah-sekolah yang menjalani dan tidak menjalankan program SLAD. Kajian ini menilai hasil program tersebut dari segi pengetahuan mengenai dadah dan tahap harga diri peserta SLAD. Kajian mendapati bahawa remaja yang mengikuti program SLAD mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai dadah, bukan hanya selepas menjalani program tetapi enam bulan kemudian, di samping tahap harga diri yang juga lebih tinggi berbanding dengan pelajar dalam kumpulan kawalan. Ini menunjukkan bahawa program SLAD Berjaya meningkatkan pengetahuan peserta mengenai dadah dan meningkatkan harga diri mereka supaya mereka berasa yakin untuk membantu kawan-kawan lain untuk sedar serta menjauhi dadah.</div><p>&nbsp;</p> ER -