@article{Anak Nor_Mahamod_2014, title={Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Bahasa Iban yang Baharu dengan yang Berpengalaman di Sekolah-Sekolah Menengah di Sarawak}, volume={11}, url={https://e-journal.uum.edu.my/index.php/mjli/article/view/7672}, abstractNote={
Tujuan – Keberkesanan dan kepakaran seseorang guru dapat dinilai melalui teknik pengajarannya. Oleh itu, fokus akan diberikan kepada proses pengajaran guru bahasa Iban untuk memastikan keberkesanan pengajaran guru-guru bahasa Iban di Sarawak. Kajian ini dijalankan berdasarkan teori yang diperkenalkan oleh Shulman, iaitu Pedagogical Content Knowledge (PCK) atau juga dikenali sebagai Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK).

Metodologi – Kajian kualitatif ini dijalankan untuk meneroka dan meneliti secara mendalam pengetahuan pedagogi kandungan (PPK) yang dimiliki oleh guru bahasa Iban baharu dan berpengalaman di sekolah menengah di Sarawak. Tiga orang guru bahasa Iban dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Subis dan seorang guru bahasa Iban dari PPD Miri dipilih sebagai peserta kajian temu bual dan pemerhatian. Transkrip temu bual dianalisis secara teliti dengan bantuan perisian QSR Nvivo9.

Dapatan – Kajian mendapati bahawa PPK guru-guru bahasa Iban dipengaruhi oleh disiplin ilmu masing-masing kerana kesemua guru bahasa Iban berlatar belakangkan pengkhususan yang berbezabeza. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak ada perbezaan PPK yang ketara antara guru berpengalaman dan guru yang baharu. Sebaliknya faktor keperibadian guru yang membezakan penguasaan PPK guru, sama ada guru tersebut baharu atau berpengalaman hanya menjadi faktor sampingan sahaja. Strategi pedagogi kandungan guru-guru bahasa Iban juga didapati dipengaruhi oleh latar belakang pengkhususan mereka. Pemerhatian pengkaji mendapati PPK yang baik terhasil apabila seorang guru itu benar-benar menghayati dan menghargai mata pelajaran bahasa Iban.

Kepentingan – Kajian ini penting kepada pihak pengurusan sekolah agar memastikan guru-guru bahasa Iban yang berkelayakan sahaja yang dibenarkan mengajar mata pelajaran bahasa Iban.
}, journal={Malaysian Journal of Learning and Instruction}, author={Anak Nor, Magdeline and Mahamod, Zamri}, year={2014}, month={Dec.}, pages={207–236} }