PROSES DAN KAEDAH PEMBELAJARAN TAHFIZ DALAM KALANGAN MURID DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN DI MALAYSIA (PROCESS AND METHOD OF TAHFIZ LEARNING AMONG STUDENTS IN MALAYSIAN GOVERNMENT RELIGIOUS SECONDARY SCHOOLS)

Authors

  • Fathiyah Mohd Fakhruddin UPM
  • Sharini Che Ishak Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Malaysia
  • Asmawati Suhid Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Malaysia
  • Ahmad Fauzi Mohd Ayub Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
  • Norlizah Che Hassan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
  • Lukman Abd Mutalib Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia
  • Wan Marzuki Wan Jaafar Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/mjli2020.17.2.11

Keywords:

Pendidikan tahfiz, pembelajaran tahfiz, kaedah pembelajaran, proses pembelajaran

Abstract

Tujuan -  Kajian ini dijalankan bagi menerokai proses dan kaedah pembelajaran tahfiz dalam kalangan murid di sekolah menengah agama kerajaan di Malaysia.   Kajian lampau menunjukkan terdapat masalah pencapaian hafazan dalam kalangan murid tahfiz berpunca daripada kelemahan memilih kaedah pembelajaran yang sesuai.    Metodologi - Pendekatan kualitatif dengan kaedah kajian kes dipilih kerana ia dapat meneroka secara terperinci kes atau fenomena yang khusus iaitu proses dan kaedah pembelajaran tahfiz yang digunakan oleh murid.  Teknik persampelan bertujuan digunakan bagi memilih peserta kajian yang dapat menjawab persoalan kajian.  Seramai 12 orang murid terlibat sebagai peserta kajian dan disokong dengan data daripada enam orang guru.  Temu bual mendalam secara individu merupakan kaedah pengumpulan data bagi  mendapatkan pandangan dan pengalaman peserta kajian tentang proses dan kaedah pembelajaran tahfiz.    Dapatan - Dapatan menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran tahfiz yang digunakan oleh peserta kajian merangkumi enam kaedah; kaedah membaca, pengulangan, penguasaan hukum tajwid, penggunaan satu mushaf  khas,  kaedah kefahaman dan  kaedah penulisan.  Manakala proses pembelajaran tahfiz berdasarkan dapatan menunjukkan peserta kajian memberi tumpuan kepada empat aspek iaitu disiplin daripada pengurusan masa, aspek pemilihan tempat, pemilihan masa serta aspek kelas bimbingan.    Kepentingan - Kajian ini memberi implikasi penting kepada pihak yang membangunkan sekolah aliran tahfiz, pihak sekolah dan guru tahfiz. Hal ini penting bagi mereka untuk memberi fokus kepada proses dan kaedah pembelajaran yang sesuai, berkesan dan menekankan aspek kefahaman dan hafazan.   Kedua-dua aspek tersebut penting bagi membantu pencapaian hafazan khususnya murid yang berada di sekolah menengah agama kerajaan di Malaysia.

Metrics

Metrics Loading ...

Additional Files

Published

31-07-2020

How to Cite

Mohd Fakhruddin, F., Che Ishak, S., Suhid, A., Mohd Ayub, A. F., Che Hassan, N., Abd Mutalib, L., & Wan Jaafar, W. M. (2020). PROSES DAN KAEDAH PEMBELAJARAN TAHFIZ DALAM KALANGAN MURID DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN DI MALAYSIA (PROCESS AND METHOD OF TAHFIZ LEARNING AMONG STUDENTS IN MALAYSIAN GOVERNMENT RELIGIOUS SECONDARY SCHOOLS). Malaysian Journal of Learning and Instruction, 17(2), 311–340. https://doi.org/10.32890/mjli2020.17.2.11