PERTALIAN ANTARA PENGALAMAN MASTERI DENGAN EFIKASI KENDIRI GURU: REGRESI-META KAJIAN KERATAN LINTANG

Authors

  • Mohamad Sahari Nordin Kulliyyah of Education, International Islamic University Malaysia Kuala Lumpur, Malaysia
  • Tunku Badariah Tunku Ahmad Kulliyyah of Education, International Islamic University Malaysia Kuala Lumpur, Malaysia
  • Nordin Abd Razak School of Educational Studies, Universiti Sains Malaysia, Malaysia
  • Mohd Burhan Ibrahim Kulliyyah of Education, International Islamic University Malaysia Kuala Lumpur, Malaysia
  • Joharry Othman Kulliyyah of Education, International Islamic University Malaysia Kuala Lumpur, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/mjli2017.14.2.9

Keywords:

Efikasi Kendiri Guru, Pengalaman Menguasai Kepakaran, Latihan Dalam Perkhidmatan, Analisis-Meta, Budaya Kerja

Abstract

Tujuan – Analisis-meta ini pertamanya bertujuan menentu sah kekuatan pertalian (ES) antara pengamalan masteri dengan efikasi kendiri guru. Kedua, kajian ini juga meninjau faktor moderator yang mungkin mempengaruhi ES tersebut.   Metodologi – Data analisis adalah bersumberkan sejumlah 26 kajian emperis terdahulu yang pada keseluruhannya melibatkan penyertaan 10,752 orang guru dengan berasaskan kriteria pemilihan konvensional. Untuk mengesan variabel moderator, prosedur regresi-meta telah digunakan.   Dapatan – Keputusan analisis-meta menyokong jangkaan bahawa pengalaman masteri mempengaruhi efikasi kendiri guru secara positif. Juga, sifat sampel, instrument mengukur efikasi kendiri guru dan budaya lokasi tempat bertugas secara kolektif berperanan sebagai moderator dalam mempengaruhi kekuatan pertalian pengalaman masteri-efikasi kendiri guru.   Signifikan - Hasil kajian menyumbangkan kepada pemahaman dan penyelidikan dalam bidang kognitif sosial dan efikasi kendiri. Seterusnya, terdapat implikasi praktikal yang wajar diambil kira oleh pembuat dan pelaksana dasar yang berkaitan dengan pembangunan professional guru.

Metrics

Metrics Loading ...

Additional Files

Published

31-12-2017

How to Cite

Nordin, M. S., Tunku Ahmad, T. B., Abd Razak, N., Ibrahim, M. B., & Othman, J. (2017). PERTALIAN ANTARA PENGALAMAN MASTERI DENGAN EFIKASI KENDIRI GURU: REGRESI-META KAJIAN KERATAN LINTANG. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 14(2), 247–269. https://doi.org/10.32890/mjli2017.14.2.9