KESAN PELBAGAI STRATEGI KAWALAN PENGGUNA ANIMASI BERSEGMEN TERHADAP PRESTASI PELAJAR

Authors

  • Anuar Hassan Fakulti Seni, Komputeran & Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Ahmad Zamzuri Mohamad Ali Fakulti Seni, Komputeran & Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Mohd Najib Hamdan Fakulti Seni, Komputeran & Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/mjli2017.14.2.11

Keywords:

Animasi, kawalan pengguna, kawalan program, segmentasi

Abstract

Tujuan - Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan animasi bersegmen dengan pelbagai strategi kawalan pengguna terhadap prestasi pelajar. Lima strategi kawalan tersebut ialah strategi Kawalan Pengguna Linear (KPL), Kawalan Pengguna Rawak (KPR), Kawalan Program (KP), Kawalan Berterusan (KB) dan Tanpa Kawalan (TK).   Metodologi - Reka bentuk kajian berbentuk kuasi eksperimen dan data kajian dianalisis melalui pendekatan kuantitatif. Seramai 265 orang pelajar semester 2 kursus Diploma Sistem Rangkaian dari lima buah Politeknik dipilih sebagai sampel kajian. Penilaian dilakukan melalui ujian pos.   Dapatan - Secara keseluruhan, ujian statistik ANCOVA digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari sudut prestasi ujian pos antara kumpulan pelajar yang menerima strategi kawalan paparan animasi bersegmen yang berbeza.   Kepentingan - Dapatan kajian menunjukkan faktor reka bentuk paparan animasi bersegmen yang disertakan dengan strategi kawalan pengguna yang bersesuaian berkemampuan mengatasi masalah keciciran maklumat. Strategi KPR dan KPL didapati membantu dalam memperuntukkan masa yang bersesuaian bagi memori sensori pelajar untuk mengekstrak maklumat bermakna daripada animasi untuk diproses di dalam memori jangka pendek yang agak terbatas sebelum didaftarkan ke dalam memori jangka panjang. Kedua-dua strategi ini juga didapati berupaya meningkatkan prestasi pencapaian pelajar.

Metrics

Metrics Loading ...

Additional Files

Published

31-12-2017

How to Cite

Hassan, A., Mohamad Ali, A. Z., & Hamdan, M. N. (2017). KESAN PELBAGAI STRATEGI KAWALAN PENGGUNA ANIMASI BERSEGMEN TERHADAP PRESTASI PELAJAR. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 14(2), 293–316. https://doi.org/10.32890/mjli2017.14.2.11