Pemodelan Hubungan antara Kesejahteraan Hidup, Keserakanan, dan Kesejahteraan di Tempat Kerja dengan Efikasi Guru secara Kolektif
DOI:
https://doi.org/10.32890/mjli2015.12.9Keywords:
Kesejahteraan hidup, keserakanan, kesejahteraan ditempat kerja, efikasi guru secara kolektifAbstract
Tujuan – Berdasarkan model kognitif sosial, kajian ini mengkaji kesan langsung dan tidak langsung terhadap efikasi guru secara kolektif. Secara khusus, kajian ini menilai peranan kesejahteraan hidup, keserakanan, kesejahteraan di tempat kerja dalam menerangkan efikasi guru secara kolektif. Metodologi – Seramai 836 sampel guru dipilih secara rawak dari dua belas buah MRSM Zon Timur di Malaysia. Data kajian ini diperolehi melalui soal selidik yang mengandungi 85 item. Data ini telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan Analisis Persamaan Berstruktur. Dapatan – Dapatan kajian ini menunjukkan kesejahteraan hidup, keserakanan dan kesejahteraan di tempat kerja adalah secara signifikan mempengaruhi efikasi guru secara kolektif. Berdasarkan kepada penilaian keseluruhan model, didapati bahawa kesepadanan model adalah munasabah. Dapatan analisis persamaan berstruktur menunjukkan bahawa kesejahteraan di tempat kerja adalah pengantara separa hubungan kesejahteraan hidup guru, keserakanan guru dan efikasi guru secara kolektif. Berbanding kesejahteraan hidup, keserakanan guru memperlihatkan kesan yang lebih kuat terhadap efikasi guru secara kolektif. Signifikan – Kajian ini memperkenalkan model yang menunjukkan kepentingan kesejahteraan hidup, keserakanan dan kesejahteraan di tempat kerja sebagai penyumbang yang signifi kan kepada efikasi guru secara kolektif. Ia juga mengenal pasti kepentingan keserakanan guru dalam membangunkan efikasi guru secara kolektif.Metrics
Additional Files
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Disclaimer
The Malaysian Journal of Learning and Instruction (MJLI) has taken all reasonable measures to ensure that material contained in this website is the original work of the author(s). However, the Journal gives no warranty and accepts no responsibility for the accuracy or the completeness of the material; no reliance should be made by any user on the material. The user should check with the authors for confirmation.
Articles published in the Malaysian Journal of Learning and Instruction (MJLI) do not represent the views held by the editors and members of the editorial board. Authors are responsible for all aspects of their articles except the editorial screen design.