Kesan Pengantaraan Pengalaman Psikologi bagi Hubungan Pelbagai Kemahiran dalam Tugas Pengajaran dengan Motivasi Kerja
DOI:
https://doi.org/10.32890/mjli2015.12.10Keywords:
Pelbagai kemahiran, pengalaman-pengalaman psikologi dan motivasi kerja guruAbstract
Tujuan – Kajian ini bertujuan meneliti hubungan langsung faktor pelbagai kemahiran dengan motivasi kerja guru. Selain itu, kajian ini juga meneliti kesan pengantaraan pengalaman-pengalaman psikologi sebagai pemboleh ubah pengantara. Metodologi – Kajian ini menggunakan reka bentuk korelasi yang melibatkan pengujian permodelan persamaan berstruktur dengan pendekatan kuantitatif, manakala kaedah tinjauan keratan rentas digunakan untuk pungutan data kajian. Responden kajian ini berjumlah 458 orang terdiri daripada kalangan guru sekolah menengah kebangsaan harian biasa di negeri Kedah. Teknik pensampelan rawak berkelompok telah digunakan untuk memilih responden kajian. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan Pemodelan Persamaan Berstruktur dan analisis lanjutan IBM SPSS melibatkan kaedah bootstrapping bagi kesan pengantaraan. Dapatan – Hasil kajian menunjukkan pelbagai kemahiran tidak mempunyai hubungan langsung yang signifi kan dengan motivasi kerja guru. Namun begitu, faktor pelbagai kemahiran didapati mempunyai hubungan langsung yang signifi kan dengan pengalaman kerja yang bermakna, pengalaman bertanggungjawab terhadap hasil kerja dan pengetahuan sebenar hasil kerja. Analisis selang keyakinan 95% bias diperbetulkan bagi pengalaman kerja yang bermakna, pengalaman bertanggungjawab terhadap hasil kerja dan pengetahuan sebenar hasil kerja tidak mengandungi nilai sifar menunjukkan ketiga-tiga pengalaman psikologi memberi kesan pengantaraan yang signifikan. Signifikan – Kajian ini memberi manfaat kepada penguruspengurus di sekolah dan kepimpinan pendidikan dalam merancang reka bentuk kerja guru dengan memberi tumpuan kepada pembinaan motivasi kerja melalui proses merangsang pengalaman-pengalaman psikologi guru. Dalam hal ini, pengalaman-pengalaman psikologi merupakan keberhasilan modal psikologi positif melalui penglibatan guru dalam melaksanakan tugas pengajaran. Kajian ini memberi manfaat secara langsung kepada guru dalam memahami kepentingan menggunakan pelbagai kemahiran dalam melaksanakan tugas pengajaran di sekolah.Metrics
Additional Files
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Disclaimer
The Malaysian Journal of Learning and Instruction (MJLI) has taken all reasonable measures to ensure that material contained in this website is the original work of the author(s). However, the Journal gives no warranty and accepts no responsibility for the accuracy or the completeness of the material; no reliance should be made by any user on the material. The user should check with the authors for confirmation.
Articles published in the Malaysian Journal of Learning and Instruction (MJLI) do not represent the views held by the editors and members of the editorial board. Authors are responsible for all aspects of their articles except the editorial screen design.