@article{Asalal_Abd Wahab_2020, title={Pemahaman dan Halangan Pelajar Program Kerja Sosial terhadap Kurikulum Asas Kerja Sosial: Kepelbagaian Klien (Understanding and Barriers among Student of Social Work Programs on the Basic Curriculum of Social Work: Diversity of Clients)}, volume={23}, url={https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jps/article/view/jps2020.23.4}, DOI={10.32890/jps2020.23.4}, abstractNote={<p>Kurikulum asas kerja sosial merupakan garis piawaian dalam pendidikan kerja sosial. Salah satu aspek yang perlu dalam kurikulum asas kerja sosial adalah aspek memahami kepelbagaian klien. Dalam konteks Malaysia, kepelbagaian kaum, etnik, budaya dan agama memerlukan pelajar program kerja sosial memahami dan menerima kepelbagaian tersebut agar mereka kompetensi dalam praktis kerja sosial. Satu kajian telah dilaksanakan untuk mengetahui pemahaman dan halangan pelajar terhadap kepelbagaian klien yang melibatkan seramai 279 pelajar tahun akhir program kerja sosial di enam buah universiti awam, Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan analisis data menggunakan program SPSS versi 23 menerusi ujian Jadual Silang untuk menilai tahap antara pemboleh ubah. Sebanyak sembilan item dikenal pasti dalam pengkajian ini iaitu memahami kepelbagaian klien berdasarkan etnik, budaya, gender, orientasi seksual, agama, keupayaan fizikal dan mental, umur dan latar belakang. Penemuan kajian menunjukkan sebilangan besar pelajar program kerja sosial mampu memahami aspek kepelbagaian klien dan tidak mempunyai halangan untuk memahaminya. Pemahaman pelajar program kerja sosial terhadap aspek kepelbagaian klien menunjukkan pelajar program kerja sosial telah memenuhi salah satu aspek kurikulum asas kerja sosial yang ditetapkan selaras dengan Dasar Pendidikan dan Piawai untuk Pendidikan Kerja Sosial di Malaysia.</p>}, journal={Jurnal Pembangunan Sosial}, author={Asalal, Nurzaimah and Abd Wahab, Haris}, year={2020}, month={Dec.}, pages={53–78} }