Nota Penyelidikan/Research Notes Penyertaan Agama Warga Tua Rumah Seri Kenangan Malaysi

Authors

  • ZAINAB ISMAIL
  • WAN IBRAHIM WAN AHMAD
  • SITI RUGAYAH TIBEK
  • IDERIS ENDOT
  • FARIZA MD. SHAM

DOI:

https://doi.org/10.32890/jps.13.2010.11340

Abstract

Kajian lepas menunjukkan penyertaan warga tua dalam aktiviti agama boleh
mengurangkan aspek negatif yang banyak dalam kehidupan mereka, seperti
kemurungan (Kennedy, Howard, Cynthia & Jiming, 1996), atau meningkatkan
kepuasan hidup (Quadagno, 1999), memberikan makna dalam kehidupan
(Elmi Baharuddin, 2008), dan kebanyakan warga tua menganggap agama
penting dalam kehidupan (Wan Ibrahim Wan Ahmad, 2008). Kajian-kajian ini,
kecuali kajian Elmi Baharuddin, dilakukan ke atas warga tua dalam komuniti,
bukan warga tua yang tinggal di Rumah Seri Kenangan. Banyak persoalan
boleh ditimbulkan tentang penyertaan warga tua yang tinggal di Rumah Seri
Kenangan dalam aktiviti agama. Tidak ada jawapan yang jelas yang boleh
diutarakan tentangnya.
Maklumat dalam nota penyelidikan ini diambil daripada hasil awal
projek penyelidikan dengan Kod Projek: UKM-PP-04-FRGS0005-2006/04,
bertajuk “Penyertaan Agama, Konsep Kendiri dan Keperluan Kaunseling
Warga Tua Rumah Seri Kenangan di Malaysiaâ€. Kajian tersebut bertujuan
menganalisis penyertaan warga tua dalam amalan agama, mengenal pasti
konsep kendiri warga tua dan mengenal pasti indikator yang menunjukkan
warga tua memerlukan perkhidmatan kaunseling di Rumah Seri Kenangan.
Tumpuan penyelidikan itu adalah ke atas warga tua yang tinggal di
Rumah Seri Kenangan (RSK). Warga tua ialah individu yang berumur 60 tahun
dan ke atas. Pengertian ini berasaskan resolusi Perhimpunan Dunia Bangsa-
Bangsa Bersatu World Assembly on Aging yang pertama tentang penuaan yang
diadakan di Vienna pada tahun 1982. Dalam perhimpunan tersebut, umur
“60 tahun dan lebih†digunakan sebagai had umur dalam menentukan trend
penuaan, walaupun kebanyakan negara maju menggunakan had umur 65 tahun
dan lebih dalam menentukan trend penuaan mereka.

Metrics

Metrics Loading ...

Additional Files

Published

10-09-2010

How to Cite

ISMAIL, Z., WAN AHMAD, W. I., TIBEK, S. R., ENDOT, I., & MD. SHAM, F. (2010). Nota Penyelidikan/Research Notes Penyertaan Agama Warga Tua Rumah Seri Kenangan Malaysi. Jurnal Pembangunan Sosial, 13, 131–141. https://doi.org/10.32890/jps.13.2010.11340