Proses Penyaluran Maklumat dalam Skop Tadbir Urus Dasar Pengurusan Alam Sekitar Bandar

Pengarang

  • Hamidi Ismail Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia
  • Tuan Pah Rokiah Syed Hussain Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia
  • Mat Khalid Md Noh Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/jgd2012.8.4

Kata kunci:

proses, gangguan, penyaluran maklumat, tadbir urus, alam sekitar bandar

Abstrak

Proses penyaluran maklumat daripada pihak kerajaan kepada masyarakat dalam skop tadbir urus dasar pengurusan alam sekitar bandar amat penting kerana ia mempengaruhi kesedaran seseorang anggota masyarakat dalam menjaga kualiti alam sekitar bandar. Penyaluran maklumat yang baik perlu melalui saluran tertentu agar masyarakat mampu mengurus alam sekitar sebagaimana keperluan dalam dasar berkaitan dengan pengurusan alam sekitar. Dalam proses penyaluran maklumat, terdapat dua perkara asas iaitu maklumat dan komunikasi secara berkesan. Kedua-dua perkara tersebut perlu diurus dan dilakukan dengan sistematik agar maklumat yang diterima oleh masyarakat menjadi jelas dan boleh diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Walau bagaimanapun, isu berkaitan dengan gangguan dalam proses penyaluran maklumat perlu dihindari kerana boleh mengurangkan kualiti maklumat yang diterima oleh masyarakat atau mengurangkan keberkesanan tahap komunikasi antara pemberi dan penerima maklumat. Makalah ini berpandangan bahawa penyaluran maklumat yang baik memberikan implikasi besar kepada kejayaan dasar atau tadbir urus alam sekitar bandar.

Rujukan

Berghall, E. & Konvitz, J. (1997). Urbanisation and sustainability. Dlm. OECD (Pnyt.). Sustainable development: OECD policy approaches for the 21st century. Paris: OECD. Hlm. 155-164.

Daing Nasir Daing Ibrahim. (2003). Tadbir urus dan tanggungjawab korporat: Perspektif perakaunan. Siri Syarahan Umum Perlantikan Profesor, Perlantikan 2000/Bil.18, pada 9 Oktober 2002, Jam 9.15 pagi, Dewan Kuliah A, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Mohd. Safar Hashim & Fatimah Yusooff. (1988). Komunikasi antara manusia: Ciri-ciri penting dalam komunikasi peribadi dan komunikasi awam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

OECD. (2002). Sustainable development strategies: A Resource Book. London: Earthscan Publications Ltd.

Ryan, J. & Wentworth, W.M. (1999). Media and society: The production of culture in the mass media. Boston: Allyn and Bacon.

Seiler, W.J. & Beall, M.L. (2002). Communication making connection. Edisi Kelima. Boston: Allyn and Bacon.

Sharp, L. (2002). Public participation and policy: Unpacking connections in one UK Local Agenda 21. Local Environment, 7 (1): 7-22.

UNDP. (2007). Capacity 2015: Asia-Regional environmental governance programme.

Diterbitkan

2012-12-31

Terbitan

Bahagian

Articles

Cara Memetik

Ismail, H., Syed Hussain, T. P. R., & Md Noh, M. K. (2012). Proses Penyaluran Maklumat dalam Skop Tadbir Urus Dasar Pengurusan Alam Sekitar Bandar. Journal of Governance and Development (JGD), 8, 38-43. https://doi.org/10.32890/jgd2012.8.4

##plugins.generic.citations.panel.title##

##plugins.generic.citations.panel.harvested## 2026-09-08
0 ##plugins.generic.citations.panel.citationsNone##

##plugins.generic.citations.panel.body##

##plugins.generic.citations.panel.identifiers## DOI 10.32890/jgd2012.8.4 OpenAlex W39122659