Pelabelan Makanan: Adakah Anda Usahawan yang Peka?
DOI:
https://doi.org/10.32890/jgd2010.6.4Kata kunci:
pelabelan makanan, syarat-syarat pelabelan, akta makanan, mandatoriAbstrak
Perusahaan makanan ringan adalah perniagaan yang berkait rapat dengan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)1. Sama ada pengusaha IKS ini peka atau tidak dengan kehendak undang-undang mengenai pelabelan makanan isu ini masih menjadi tandatanya memandangkan masih terdapat banyak produk yang tidak dilabelkan. Sekiranya ia dilabelkan kekaburan masih ada apakah maklumat yang perlu ada pada label tersebut telah mematuhi kehendak undang-undang. Persoalan yang seterusnya adakah penglabelan ini suatu yang mandatori kepada pengeluar makanan dan apakah wujud sebarang penalti terhadap mereka yang ingkar. Pelabelan yang baik seharusnya membuat pengguna beryakinan dan berasa selamat dengan makanan yang dipilih serta mampu membeli mengikut keperluan, sama ada untuk tujuan diet, kesihatan, harga atau lain-lain keutamaan. Pelabelan makanan dapat dilihat sebagai satu cara untuk mengawal tindakan pengeluar makanan yang cuba mencari keuntungan dengan menipu pengguna melalui pelbagai cara seperti memasukkan bahan tiruan, bahan terlarang atau bahan berkualiti rendah yang boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Pelbagai usaha serta undang-undang dan peraturan telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi menjamin kualiti dan keselamatan produk-produk makanan tempatan. Artikel ini cuba memfokus kepada pelabelan makanan di bawah undang-undang di Malaysia dengan melihat kepada syarat-syarat pelabelan yang perlu dipatuhi oleh pengeluar makanan bagi memberi pengetahuan kepada pengguna untuk memilih barangan terbaik. Peruntukan undang-undang berkaitan pelabelan makanan di beberapa negara luar terpilih turut dilihat sebagai perbandingan.
Rujukan
Abdul Razak Raaff. (2008). Produk makanan wajib lulus BKKM. Berita Harian, 12 Feb. 2008. CAC/GL 1-1979 (Rev.1-1991) [16]. CAC/GL 2-1985 (Rev.1-1993) [17]. http://www.food.gov.uk. http://www.epu.jpm.my/new%20folder/zakiah/D.section2.pdf http://edms.matrade.gov.my/domdoc/Reports.nsf. http://www.cfsan.fda.gov/~dms/2lg-toc.html. http://www.cfsan.fda.gov/~dms/2lg-3.html http://www.cfsan.fda.gov/~dms/2lg-3.html. http://www.utusan.com.my. http://www.ats.agr.gc.ca/asean/singapore_label-e.htm.
Norliza Abd. Rahman. (2008). Produk makanan wajib jalani analisis kandungan zat. Utusan Malaysia, 12 Feb. 2008. JGD – Journal of Governance and Development 51 Vol.6, 2010 (40-52) Perkara 10. Perkara 11. Seksyen 15 Akta Makanan 1983. Tee E Siong. Apa yang patut anda tahu – Cadangan pelabelan dan tuntutan pemakanan. Atas talian http://nutriweb.org.my. The Star, Sunday December 23, 2007. The Star, Sunday December 23, 2007. www.nutriweb.org.my. www.food.gov.uk/foodlabelling/uk. www.ats.agr.gc.ca/asean/thailand_label-e.htm. Food labelling requirements for Thailand. Atas talian pada 25 April 2008. www.famaxchange.org/index.
Zanariah Abd Mutalib. (2008). Tindakan kepada pengeluar yang langgar peraturan iklan dan label produk makanan. mstar.com.my. 12 Feb.2008. JGD – Journal of Governance and Development 52 Vol.6, 2010 (40-52)
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Cara Memetik
##plugins.generic.citations.panel.title##
##plugins.generic.citations.panel.harvested## 2026-09-08##plugins.generic.citations.panel.body##
- OpenAlex 1 ##plugins.generic.citations.panel.view##
- OpenCitations 0 ##plugins.generic.citations.panel.view##
- Crossref 0 ##plugins.generic.citations.panel.view##
- Google Scholar ##plugins.generic.citations.panel.noApi## ##plugins.generic.citations.panel.search##
- Dimensions ##plugins.generic.citations.panel.noApi## ##plugins.generic.citations.panel.search##










