Kepekaan Majikan terhadap Hak dan Tanggungjawab Mereka ke atas Pembantu Rumah Asing

Pengarang

  • Asmah Laili Hj Yeon Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Khadijah Mohamed Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/jgd2005.1.3

Kata kunci:

liabiliti jenayah, kebajikan, hak asasi, hak kemanusiaan, penggunaan budibicara

Abstrak

Artikel ini bertujuan mengenalpasti tahap kepekaan majikan terhadap kebajikan dan hak pembantu rumah asing (PRA) yang diambil bekerja. Kajian ini melibatkan seramai 72 orang majikan (staf kumpulan pengurusan dan profesional) dari 3 universiti awam (IPTA) iaitu UUM, KUKUM dan UiTM Arau. Analisis faktor dan korelasi dijalankan bagi mendapatkan dimensi kepekaan majikan dengan profil majikan dan PRA. Hasil analisis faktor telah mengenalpasti 13 dimensi yang berhubung dengan kepekaan majikan, iaitu (1) hak asasi dan hak kemanusiaan PRA, (2) urusan pengambilan PRA di Jabatan Imigresen, (3) pemberian gaji mengikut kehendak majikan, (4) hak kewangan dan pemberian faedah kerja PRA, (5) hak PRA untuk berpersatuan, (6) tanggungan liabiliti jenayah dan sivil PRA, (7) penyimpanan dokumen penting PRA, (8) hak PRA untuk mendapatkan perlindungan daripada kedutaan, (9) tanggungjawab terhadap kontrak perkhidmatan, (10) pembaharuan permit kerja dan pemeriksaan kesihatan PRA, (11) penggunaan budibicara, (12) cuti dan latihan PRA, dan (13) hak beribadah PRA. Hasil analisis korelasi menunjukkan majikan yang mempunyai pendapatan rendah dan pendapatan tinggi cenderung menggunakan budibicara dan terdapat perbezaan dari segi dimensi kepekaan majikan mengikut jantina, tempoh kontrak, umur PRA dan pengalaman kerja PRA. Antara cadangan yang dibincangkan ialah apabila berlaku konflik penggunaan budi bicara dan peruntukan undang-undang, maka majikan hendaklah mengikut peruntukan undang-undang. Penggunaan kuasa budibicara hanya dilaksanakan dalam kes tertentu sahaja seperti menangani masalah yang berkaitan dengan peri kemanusiaan dan urusan peribadi PRA yang memerlukan pertimbangan majikan.

Rujukan

Bata Bhd and Chng Soon Poh (Award 221 of 1983). Eastern Plantation Agency Sdn. Bhd. dan Kesatuan Pentadbir-pentadbir Ladang Malaysia Barat (Award 163 of 1988), Goodyear Bhd and National Union of Employees in Companies Manufacturing Rubber Products (Award 63 of 1986).

Gregory Ford & Ors [1951] 1 AER 121, Davidson Pillai [1979] IRLR 639.

Hormer Cornellius (1858) 5 CPNS 236, Malaysia Smelting Corp Sdn Bhd and Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perusahaan Peleboran Logam (Award 89 of 1989), Oriental Bank Bhd and Transport Workers Union (Award 27 of 1986).

Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. (2000). Akta Kerja 1955 (Akta 265) dan peraturan-peraturan. Kuala Lumpur: International Law Book Services.

Migration News. (2002). Malaysia issues guidelines on foreign worker. Migration News. Online:http:/migration.ucdavis.edu/ mn/more.php?id=830_0_3_0 REKAYASA – Journal of ethics, legal and governance 31 Vol. 1, 2005 (19-31) Ottoman Bank Chakarian [1930] AC 27, G. Theong Wee Meow Goh Poh Chan [1981] 2 MLJ 136.

Utusan Malaysia. (2002). Kabinet benarkan ambil pembantu rumah asing. Utusan Malaysia. 31 Januari.

Yusri Sahat. (2002). Culik: Akta Imigresen akan dikaji semula. Utusan Malaysia. 15 Januari.

Zulkiflee Bakar. (2003). Hak ibadat orang gajiUtusan. Malaysia. 14 Mac. ____________. (2003). PAPA jamin majikan tidak dianiaya, hadapi masalah. Berita Harian 24 Mac.

Diterbitkan

2005-12-31

Terbitan

Bahagian

Articles

Cara Memetik

Hj Yeon, A. L., & Mohamed, K. (2005). Kepekaan Majikan terhadap Hak dan Tanggungjawab Mereka ke atas Pembantu Rumah Asing. Journal of Governance and Development (JGD), 1, 19-31. https://doi.org/10.32890/jgd2005.1.3

##plugins.generic.citations.panel.title##

##plugins.generic.citations.panel.harvested## 2026-09-08
0 ##plugins.generic.citations.panel.citationsNone##

##plugins.generic.citations.panel.body##

##plugins.generic.citations.panel.identifiers## DOI 10.32890/jgd2005.1.3 OpenAlex W27425821

Artikel yang paling banyak dibaca oleh pengarang yang sama