Impak Perbelanjaan Rancangan Malaysia Lima Tahun ke atas Sektor Pertanian dan Kemiskinan: Analisa Empat Dekad
DOI:
https://doi.org/10.32890/jgd2009.5.6Keywords:
pembangunan masyarakat, pembasmian kemiskinan, luar bandar, pembangunan tanah baruAbstract
Rancangan Malaysia Lima Tahun merupakan pemangkin utama dalam pembangunan masyarakat dan pembasmian kemiskinan luar bandar. Artikel ini menganalisa perbelanjaan rancangan-rancangan Malaysia lima tahun ke atas sektor pertanian dan mengenal pasti sumbangan sektor pertanian terhadap kadar kemiskinan. Alokasi perbelanjaan sektor pertanian adalah besar kerana ia melibatkan perbelanjaan modal seperti penyediaan prasarana pertanian, sumbangan subsidi, pembangunan agensi-agensi pertanian dan pembangunan teknologi pertanian. Kajian mendapati terdapat empat kelompok program perbelanjaan utama iaitu program pembangunan tanah baru, pembangunan dan permodenan sektor pertanian, khidmat sokongan pertanian dan memperkasakan sektor pertanian menjadi pilihan kerajaan untuk mempertingkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. Walaupun pembangunan tanah baru membantu masyarakat luar bandar memperolehi tanah dan sumber pendapatan yang mana perbelanjaan kerajaan adalah yang paling ketara, namun pemodenan sektor pertanian adalah penyumbang utama kepada peningkatan taraf hidup golongan ini. Kesan daripada perlaksanaan program ini telah menunjukkan impak yang besar dalam mengurangkan taraf kemiskinan hidup mereka.
References
Arsenio M Balisacan. 2004. Averting Hunger and Food Insecurity in Asia. Asian Journal of Agricultural and Development 1(1): 36-55.
Chamhuri Siwar. (2004). Pembasmian Kemiskinan Dalam Fasa Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Hingga Dasar Wawasan Negara (2002-2010) Satu Penilaian. Dalam Mohamad Khairuddin Mohamad dan Ahmad Syahir Sarani. Pembasmian Kemiskinan Bandar dan Luar Bandar:5-49. Petaling Jaya, Selangor : Institut Perkembangan Minda.
Chamhuri Siwar (1995) Pengeluaran Padi dan Beras Negara: Beberapa Isu dan masalah Kelestarian Pembangunan dalam Nik Hashim Mustapha dan Mohd Fauzi Mohd Jani, Pembangunan Pertanian Lestari Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Fatimah Mohamed Arshad (2008). Krisis makanan: senario di tahap global, Kertas Kerja dalam seminar Strategi Baru ke arah Sekuriti Makanan, anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Universiti Putra Malaysia dan Institute of Strategic and International Studies, Putrajaya, 14 Julai.
Fatimah Mohamed Arshad (2008a). Isu dan krisis makanan: Opsyen kepada Malaysia. Kertas Kerja Seminar Krisis Makanan. Anjuran Insitut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kuala Lumpur, 5 Jun.
Fatimah Mohamed Arshad (2008b), Evolusi dan Hala Tuju Sektor Pertanian di Malaysia dalam Asan Ali Golam Hassan, Pembangunan Wilayah dan Alam Sekitar: Cabaran dalam Merealisasikan Rancangan Malaysia Kesembilan, Sintok: Universiti Utara Malaysia.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Laporan Tahunan (2004). Kuala Lumpur: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (1998).Dasar Pertanian Ketiga,1998-2010, Kuala Lumpur: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Malaysia. (1970). Rancangan Malaysia Kedua 1970-1975, Kuala Lumpur, Percetakan Negara.
Malaysia. (1976). Rancangan Malaysia Ketiga 1976-1980, Kuala Lumpur, Percetakan Negara.
Malaysia. (1981). Rancangan Malaysia Keempat 1981-1985, Kuala Lumpur, Percetakan Negara. REKAYASA – Journal of ethics, legal and governance Vol.5, 2009 (75-93)
Malaysia. (1986). Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990, Kuala Lumpur, Percetakan Negara.
Malaysia. (1991). Rancangan Malaysia Keenam 1991-1995, Kuala Lumpur, Percetakan Negara.
Malaysia. (1996). Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000, Kuala Lumpur, Percetakan Negara.
Malaysia. (2000). Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005, Kuala Lumpur, Percetakan Negara.
Malaysia. (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010, Kuala Lumpur, Percetakan Negara.
Walliman, N. (2001). Your Research Project. London: Sage Publication. _____________ Koperasi Permodalan FELDA, dilayari pada 20 Mac 2008 dari www.felda.net.my. _____________ Ucapan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, dilayari pada 1 April 2010 dari www.moa.gov.my/html/themes/moa2_new/. Utusan Malaysia. 25 Januari 2008. Berita Harian. 8 Disember 2004.
Published
Issue
Section
How to Cite
Research impact
Harvested 2026-09-08Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.










