@article{Md. Idris_2006, title={Kesan Persepsi Undang-Undang dan Penguatkuasaan Zakat terhadap Gelagat Kepatuhan Zakat Pendapatan Gaji}, volume={2}, url={https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jgd/article/view/13529}, abstractNote={<p>Undang-undang dan penguatkuasaan zakat merupakan suatu instrumen yang digunakan bagi memastikan kutipan zakat. Kutipan zakat pula bergantung kepada gelagat kepatuhan zakat di kalangan anggota masyarakat Islam. Bagaimanapun, tidak ada keterangan empirikal yang menunjukkan kedudukan serta kesan persepsi undang-undang dan penguatkuasaan zakat terhadap gelagat kepatuhan, khususnya masyarakat pekerja Islam yang layak mengeluarkan zakat pendapatan gaji. Justeru itu, kajian ini adalah bertujuan untuk menyelidik kedudukan persepsi anggota masyarakat pekerja Islam terhadap undang-undang zakat serta penguatkuasaannya. Kajian ini tertumpu di negeri Kedah, iaitu negeri yang telah lama mewartakan zakat pendapatan gaji sebagai wajib (sejak 1986). Hasil kajian menunjukkan bahawa anggota masyarakat mempunyai persepsi yang negatif terhadap undang-undang dan penguatkuasaan zakat pendapatan gaji. Bagaimanapun persepsi anggota masyarakat pekerja didapati mempengaruhi gelagat kepatuhan zakat. Ini menunjukkan, walaupun undang-undang zakat merupakan suatu instrumen yang mempengaruhi kepatuhan zakat, namun jika sebahagain besar daripada orang ramai mempunyai persepsi yang negatif terhadap undang-undang tersebut maka prestasi kutipan zakat akan terjejas. </p>}, journal={Journal of Governance and Development (JGD)}, author={Md. Idris, Kamil}, year={2006}, month={Dec.}, pages={32–41} }