Impak Pembangunan Infrastruktur ke atas Pembangunan Komuniti Penduduk di Daerah Pendang dan Kubang Pasu, Kedah Darul Aman, Malaysia

Authors

  • Noraniza Yusoff Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia
  • Azlizan Talib Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia
  • Yusuf Pon Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia

Keywords:

pembangunan infrastruktur, pembangunan komuniti, taraf hidup, impak

Abstract

Pembangunan infrastruktur di sesuatu kawasan bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk termasuk peningkatan dalam pendapatan, peningkatan dalam taraf pekerjaan dan pendidikan. Justeru kajian impak pembangunan infrastruktur ke atas pembangunan komuniti penduduk di Daerah Pendang dan Kubang Pasu memfokuskan kepada beberapa objektif antaranya ialah pertama mengkaji impak pembangunan infrastruktur ke atas pembangunan komuniti penduduk di Daerah Kubang Pasu dan Pendang dan mengenal pasti pertalian antara penerima kesan dengan aspek demografi. Kajian adalah berbentuk kuantitatif yang dilakukan ke atas 366 orang responden di empat buah Kampung di Daerah Kubang Pasu dan empat buah Kampung di Daerah Pendang menggunakan borang kaji selidik. Hasil kajian menunjukkan bahawa taraf hidup responden kedua-dua daerah masih rendah dari segi pendapatan, pekerjaan dan taraf pendidikan. Hasil kajian turut menunjukkan bahawa golongan berpendidikan rendah dan bekerja sendiri kurang menggunakan beberapa kemudahan yang telah disediakan khususnya kemudahan komunikasi. Berdasarkan teori Frishchmann, infrastruktur kurang memberi kesan ke atas daya keluaran dan komuniti kurang kebolehan untuk berkongsi kemudahan infrastruktur. Keadaan ekonomi dan sosial yang rendah juga boleh dikaitkan dengan luaran yang positif iaitu apabila seorang individu atau firma yang membuat keputusan tidak menerima manfaat penuh daripada keputusan dalam pembangunan infrastruktur. Secara keseluruhan berdasarkan kepada penyataan 5 dan 6 teori pembangunan yang dipengaruhi infrastruktur mencadangkan peralihan besar dalam perbelanjaan kerajaan ke arah infrastruktur yang akan menjana kesan wajar melalui kewujudan tahap kecekapan pelaburan awam yang cukup tinggi. Jika tahap kecekapan tentang pelaburan rendah maka kesan langsung tentang infrastruktur awam ke atas keluaran agak terhad.

Additional Files

Published

31-12-2011

How to Cite

Yusoff, N., Talib, A., & Pon, Y. (2011). Impak Pembangunan Infrastruktur ke atas Pembangunan Komuniti Penduduk di Daerah Pendang dan Kubang Pasu, Kedah Darul Aman, Malaysia. Journal of Governance and Development (JGD), 7, 16–36. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jgd/article/view/14048

Issue

Section

Articles