Keupayaan Teori dan Pelaksanaan Pentaksiran dalam Pembelajaran

Authors

  • Arsaythamby Veloo Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia

Keywords:

pengajaran, pengukuran, penilaian, pembelajaran, ujian

Abstract

Kertas konsep ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti aspek-aspek ujian dari segi teori ujian, penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran, hubungan objektif pengajaran dan penilaian dan jenis-jenis ujian. Teori ujian menemukan bagaimana teori ini dikaitkan dengan konsep-konsep ujian seperti maksud ujian, pengukuran dan penilaian itu sendiri. Teori ujian juga dikaitkan dengan bidang psikologi dan pendidikan. Di samping itu penilaian juga digunakan untuk mengetahui keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan pelajar di sekolah. Dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan maka hubungan antara objektif, pengajaran dan pembelajaran dan penilaian adalah penting dan ketiga-tiga aspek ini mempunyai hubungan yang saling berkaitan antara satu sama lain. Kertas ini juga membincangkan jenis-jenis ujian dalam pendidikan berdasarkan ujian objektif dan subjektif yang kerapkali dikendalikan di sekolah.

Additional Files

Published

31-12-2011

How to Cite

Veloo, A. (2011). Keupayaan Teori dan Pelaksanaan Pentaksiran dalam Pembelajaran. Journal of Governance and Development (JGD), 7, 8–15. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jgd/article/view/14046

Issue

Section

Articles