Mengenali Warga Tua Desa di Malaysia: Profil Sosial dan Pengaturan Tempat Kediaman

Authors

  • Wan Ibrahim Wan Ahmad Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia
  • Zainab Ismail Fakulti Pengajian Islam, Universiti Utara Malaysia

Keywords:

pembandaran, warga tua, negara berpenduduk tua, perniagaan kecil

Abstract

Di seluruh dunia penduduk tua bertambah dengan cepat. Di Malaysia, selaras dengan meningkatnya jumlah warga tua, proses pembandaran juga menjadi semakin sebati dengan kehidupan penduduk desa. Perubahan struktur keluarga penduduk desa telah menyebabkan penduduk tua di kawasan desa tinggal bersendirian tanpa sokongan dan penjagaan daripada anak-anak. Tujuan makalah ini ialah untuk meneroka profil sosial dan demografi, serta pola pengaturan tempat kediaman warga tua di kawasan desa. Untuk mencapai objektif ini, 214 orang warga tua berumur 60 tahun dan lebih di kawasan desa Kelantan dipilih sebagai responden. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan warga tua adalah kumpulan dalam masyarakat yang ketinggalan dari segi ekonomi. Kebanyakan mereka adalah bergantung kepada aktiviti pertanian tradisional sebagai teras kehidupan. Pembandaran yang berlaku di mukim berhampiran dengan pusat bandar menyediakan peluang pekerjaan baru kepada warga tua. Ramai di antara mereka mula terlibat dalam perniagaan kecil-kecilan dan buruh bergaji. Satu lagi aspek yang timbul daripada pembandaran ialah bertambahnya golongan warga tua yang hidup bersendirian. Secara keseluruhan warga tua masih menerima sokongan dan penjagaan daripada anak-anak dan mereka berpuas hati dengan sokongan yang mereka terima.

Additional Files

Published

31-12-2010

How to Cite

Wan Ahmad, W. I., & Ismail, Z. (2010). Mengenali Warga Tua Desa di Malaysia: Profil Sosial dan Pengaturan Tempat Kediaman. Journal of Governance and Development (JGD), 6, 22–39. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jgd/article/view/14042

Issue

Section

Articles