Memenuhi Keperluan Pelajar di Universiti Awam Malaysia: Aspek Pendapatan dan Perbelanjaan

Authors

  • Siti Alida John Abdullah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia
  • Fatimah Wati Ibrahim Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia

Keywords:

institusi pengajian tinggi, kos pendidikan, pelaburan langsung, punca pembiayaan

Abstract

Melanjutkan pendidikan ke institusi pengajian tinggi pada masa ini merupakan satu tuntutan politik, ekonomi, sosial dan peribadi. Terdapat pelbagai faedah yang dikaitkan dengan pelaburan bagi tujuan ini sama ada oleh individu pelajar, keluarga mahupun masyarakat. Namun begitu, senario pendidikan tinggi pada masa ini memerlukan bukan sahaja kerajaan membuat pelaburan langsung tetapi juga pelajar dan keluarga mereka perlu membuat sumbangan terus terhadap kos pendidikan tinggi. Oleh yang demikian, adalah penting untuk semua pihak meneliti punca-punca pembiayaan yang dapat menampung keperluan pelajar semasa berada di institusi pengajian tinggi. Punca-punca pembiayaan ini boleh datang daripada sumber-sumber seperi biasiswa, subsidi atau pemberian, pinjaman daripada pelbagai sumber, sumbangan ibu bapa dan keluarga, pendapatan yang didapati oleh pelajar sendiri melalui kerja-kerja sepenuh masa atau separuh masa dalam tempoh pengajian, dan juga tabungan pelajar. Seterusnya, terdapat pelbagai kos yang dikaitkan dengan pendidikan tinggi. Selain kos-kos tidak langsung seperti kehilangan pendapatan semasa belajar, kos-kos langsung yang biasa ditanggung oleh pelajar termasuklah kos pengajian dan kos sara hidup. Dapatan kajian di tiga buah institusi pengajian tinggi awam menunjukkan terdapat perbezaan di kalangan kumpulan pelajar bukan sahaja dari segi jumlah perbelanjaan tetapi juga keutamaan bagi beberapa kategori perbelanjaan tertentu.

Additional Files

Published

31-12-2007

How to Cite

John Abdullah, S. A., & Ibrahim, F. W. (2007). Memenuhi Keperluan Pelajar di Universiti Awam Malaysia: Aspek Pendapatan dan Perbelanjaan. Journal of Governance and Development (JGD), 3, 50–60. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jgd/article/view/13534

Issue

Section

Articles