Pentadbiran Awam dan Proses-proses Pengurusan: Satu Kerangka Konseptual

Authors

  • Saadon Awang Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-undang Universiti Utara Malaysia

Keywords:

pentadbiran, pengurusan, konseptual, kekaburan, operasional

Abstract

Bagi sesetengah orang, bidang pentadbiran dan bidang pengurusan merupakan satu bidang yang sama walaupun pada hakikatnya konsep kedua-dua bidang itu adalah berbeza. Kekeliruan ini sebenarnya lahir ekoran daripada kekaburan tentang konsep sebenar bidang-bidang berkenaan. Keadaan ini menyebabkan di dalam beberapa keadaan tertentu, perkataan-perkataan ‘pentadbiran’ dan ‘pengurusan’ telah digunakan secara bersilih ganti (interchangeably). Kertas ini cuba menjelaskan dari segi konseptual asal usul bidang-bidang berkenaan supaya dapat menghuraikan kekaburan yang timbul, dan memberi pemahaman tentang kedudukan dan hubungan di antara kedua-dua bidang tersebut. Dengan mengambil konteks pentadbiran awam sebagai subjek kajian, kertas ini mengutarakan satu kerangka konseptual untuk menjelaskan secara operasional konsep-konsep pentadbiran dan pengurusan itu.

Additional Files

Published

31-12-2006

How to Cite

Awang, S. (2006). Pentadbiran Awam dan Proses-proses Pengurusan: Satu Kerangka Konseptual. Journal of Governance and Development, 2, 42–57. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jgd/article/view/13530

Issue

Section

Articles