Kesan Kebebasan Ekonomi terhadap Pertumbuhan Ekonomi Negara: Kajian Empirikal di ASEAN-5

Authors

  • Hussin Abdullah Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia
  • Ferayuliani Yuliyusman Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia

Keywords:

kebebasan ekonomi, pertumbuhan ekonomi, kesan kepegunan, keterbukaan

Abstract

Kebebasan ekonomi merupakan isu yang agak baru tetapi ia menjadi salah satu faktor yang terpenting dalam usaha untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara serta memberi kesan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Kajian ini dilakukan untuk menguji adakah pembolehubah kebebasan ekonomi memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi di negara ASEAN-5 iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand dengan menggunakan pembolehubah-pembolehubah kebebasan ekonomi. Kajian ini juga melihat pembolehubah bebas yang manakah memberikan kesan yang paling besar ke atas pertumbuhan ekonomi negara. Kajian ini menggunakan Ujian Punca Unit Panel iaitu IPS untuk mengesan kepegunan data panel manakala bagi ujian ko-integrasi pula digunakan Ujian Pedroni dan Fully Modified Ordinary Least Squares (FMOLS) Estimation. Hasil kajian ini mendapati semua pembolehubah kebebasan ekonomi mempunyai hubungan yang signifikan secara bersama mahupun individu iaitu berhubungan secara langsung dengan pertumbuhan ekonomi bagi kelima-lima negara ASEAN-5. Semakin tinggi tahap kebebasan ekonomi di sesebuah negara, maka semakin terbuka negara tersebut dan akhirnya memberi kesan yang positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara dan juga KDNK.

Additional Files

Published

31-12-2010

How to Cite

Abdullah, H., & Yuliyusman, F. (2010). Kesan Kebebasan Ekonomi terhadap Pertumbuhan Ekonomi Negara: Kajian Empirikal di ASEAN-5. Journal of Governance and Development (JGD), 6, 1–13. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jgd/article/view/13440

Issue

Section

Articles