Analisis Kepercayaan Rakyat Malaysia terhadap Kerajaan

Authors

  • Muhamad Ali Embi Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia
  • Abdul Rahman Abdul Aziz Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia
  • Norapiah Abd. Rahman Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

Keywords:

pilihan raya umum, kepercyaan rakyat, pentadbiran kewangan negara, keutamaan pemimpin

Abstract

Bermula tahun 1998 dan kemuncaknya pada Pilihanraya Umum 29 November 1999, kerajaan begitu gusar terhadap sokongan orang Melayu. Keputusan Pilihanraya Umum Ke-10 telah menggemparkan kerajaan, dua buah negeri majoriti Melayu, Kelantan dan Terengganu jatuh ke tangan pembangkang. Negeri-negeri lain memperlihatkan peningkatan jumlah undi dan pertambahan bilangan kerusi pembangkang. Keputusan pilihanraya adalah manifestasi kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. Atas pernyataan masalah yang demikian, kajian ini cuba mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan atau penurunan tahap kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. Dapatan memperlihatkan majoriti rakyat Malaysia mempunyai tahap kepercayaan yang baik terhadap prestasi Kerajaan Persekutuan. Namun, jawapan “tidak pasti†majoriti rakyat Malaysia terdapat pada pentadbiran kewangan negara, kejujuran dan keutamaan pemimpin. Berhubung dengan Kerajaan Negeri, majoriti rakyat berpendapat prestasi Kerajaan Negeri adalah baik, dan di negeri yang dikuasai oleh pembangkang (Kelantan dan Terengganu) prestasi Kerajaan Negeri adalah pada tahap baik yang rendah. Lantaran itu, indikator ini telah menampakkan hasilnya apabila Kerajaan Negeri Terengganu tumbang ke tangan Barisan Nasional dan Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui PAS menang tipis dalam Pilihanraya Umum 2004. Walaupun kepercayaan rakyat kepada keupayaan pembangkang untuk membentuk kerajaan kurang, tetapi Barisan Nasional yang memerintah tidak mencapai sokongan seratus peratus.

Additional Files

Published

31-12-2007

How to Cite

Embi, M. A., Abdul Aziz, A. R., & Abd. Rahman, N. (2007). Analisis Kepercayaan Rakyat Malaysia terhadap Kerajaan. Journal of Governance and Development (JGD), 3, 1–25. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jgd/article/view/13431

Issue

Section

Articles