Kepekaan Majikan terhadap Hak dan Tanggungjawab Mereka ke atas Pembantu Rumah Asing

Authors

  • Asmah Laili Hj Yeon Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia
  • Khadijah Mohamed Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia

Keywords:

liabiliti jenayah, kebajikan, hak asasi, hak kemanusiaan, penggunaan budibicara

Abstract

Artikel ini bertujuan mengenalpasti tahap kepekaan majikan terhadap kebajikan dan hak pembantu rumah asing (PRA) yang diambil bekerja. Kajian ini melibatkan seramai 72 orang majikan (staf kumpulan pengurusan dan profesional) dari 3 universiti awam (IPTA) iaitu UUM, KUKUM dan UiTM Arau. Analisis faktor dan korelasi dijalankan bagi mendapatkan dimensi kepekaan majikan dengan profil majikan dan PRA. Hasil analisis faktor telah mengenalpasti 13 dimensi yang berhubung dengan kepekaan majikan, iaitu (1) hak asasi dan hak kemanusiaan PRA, (2) urusan pengambilan PRA di Jabatan Imigresen, (3) pemberian gaji mengikut kehendak majikan, (4) hak kewangan dan pemberian faedah kerja PRA, (5) hak PRA untuk berpersatuan, (6) tanggungan liabiliti jenayah dan sivil PRA, (7) penyimpanan dokumen penting PRA, (8) hak PRA untuk mendapatkan perlindungan daripada kedutaan, (9) tanggungjawab terhadap kontrak perkhidmatan, (10) pembaharuan permit kerja dan pemeriksaan kesihatan PRA, (11) penggunaan budibicara, (12) cuti dan latihan PRA, dan (13) hak beribadah PRA. Hasil analisis korelasi menunjukkan majikan yang mempunyai pendapatan rendah dan pendapatan tinggi cenderung menggunakan budibicara dan terdapat perbezaan dari segi dimensi kepekaan majikan mengikut jantina, tempoh kontrak, umur PRA dan pengalaman kerja PRA. Antara cadangan yang dibincangkan ialah apabila berlaku konflik penggunaan budi bicara dan peruntukan undang-undang, maka majikan hendaklah mengikut peruntukan undang-undang. Penggunaan kuasa budibicara hanya dilaksanakan dalam kes tertentu sahaja seperti menangani masalah yang berkaitan dengan peri kemanusiaan dan urusan peribadi PRA yang memerlukan pertimbangan majikan.

Additional Files

Published

31-12-2005

How to Cite

Hj Yeon, A. L., & Mohamed, K. (2005). Kepekaan Majikan terhadap Hak dan Tanggungjawab Mereka ke atas Pembantu Rumah Asing. Journal of Governance and Development (JGD), 1, 19–31. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jgd/article/view/13425

Issue

Section

Articles

Most read articles by the same author(s)