Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pilihan Pengguna terhadap Ikan Akuakultur: Kajian Kes terhadap Generasi Y dan Z di Malaysia
DOI:
https://doi.org/10.32890/jes2023.5.1.5Kata kunci:
Pilihan pengguna, ikan ternakan, akuakultur, model logitAbstrak
Pengguna cenderung memilih ikan sebagai sumber protein dalam diet pemakanan mereka. Permintaan ikan dilihat terus meningkat dari setahun ke setahun disebabkan oleh pertambahan populasi penduduk dan perubahan cita rasa pengguna yang gemar memilih sumber makanan yang lebih sihat. Walau bagaimanapun, pengguna lebih menggemari ikan tangkapan laut berbanding ikan ternakan. Jika populasi penduduk melebihi jumlah tangkapan ikan, Malaysia akan berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan ikan makanan. Maka, sektor akuakultur wajar dibangunkan dan dimajukan secara mapan bagi menjamin bekalan ikan makanan negara. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pilihan pengguna Generasi Y dan Z terhadap ikan ternakan dan faktor-faktor yang mempengaruhi pilihan pengguna. Kajian ini melibatkan pengguna yang berumur dalam lingkungan 15-40 tahun yang memakan ikan dan dipilih secara rawak. Data tinjauan dalam talian daripada 609 orang responden dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan model regrasi logit dengan menggunakan perisian SPSS. Dapatan menunjukkan seramai 81.3 peratus pengguna memilih ikan ternakan berbanding 18.7 peratus peratus yang tidak makan ikan ternakan. Faktor yang mempengaruhi pilihan pengguna terhadap ikan ternakan ialah umur, bangsa, pengetahuan, ciri-ciri ikan ternakan, kebolehdapatan, dan pengaruh keluarga. Hasil kajian ini dapat menyumbang kepada pembangunan sektor akuakultur bagi memenuhi permintaan pengguna dan menampung bekalan ikan makanan negara.
Rujukan
Alam, M., & Alfnes, F. (2019). Consumer preferences for fish attributes in Bangladesh: a choice experiment. Journal of International Food & Agribusiness Marketing, 32, 1-16. 10.1080/08974438.2019.1697409.
Carlucci, D., Noceilla, G., Devitiis, B.D., Viscecchia, R., Bimbo, F., & Nardone, G. (2014). Consumer purchasing behaviour towards fish and seafood products. Patterns and insights from a sample of international studies, Elsevier Journal Appetite, 84, 212-227. https://doi.org/10.1016/j.appet2014.10.008
DOF. (2020a). Pendaratan tangkapan marin tahun 2019. Department of Fisheries Malaysia. https://www.dof.gov.my
DOF. (2020b). Pengeluaran dan nilai akuakultur mengikut negeri tahun 2019. Department of Fisheries Malaysia.
DOSM. (2019a). Household income and basic amenities survey report 2019. Department of Statistics Malaysia. https://www.dosm.gov.my
DOSM. (2019b). Laporan survei perbelanjaan isi rumah 2019. Department of Statistics Malaysia. https://www.dosm.gov.my
DOSM. (2021). Jumlah penduduk Malaysia mengikut umur. Department of Statistics Malaysia. https://www.dosm.gov.my
Fazilah, B. (2014). Kepentingan Akuakultur. https://www.scribd.com/doc/242244827
Fuentes, A., Fernández-Segovia, I., Serra, J. A., & Barat, J. M. (2010). Comparison of wild and cultured sea bass (Dicentrarchus labrax) quality. Food Chem., 119(4), 1514-1518. DOI: http://dx.doi.org/10.1016/j.foodchem.2009.09.036.
Grieger, J. A., Miller, M., & Cobiac, L. (2012). Knowledge and barriers relating to fish consumption in older Australians. Appetite, 59(2), 456-63. DOI: 10.1016/j.appet2012.06.009
Guerrero, L., Lazo, O., Bou, R., Robles, R., & Claret, A. (2018). Consumers’ perception of new fish products from new aquaculture species. Diversify, 244. http://hdl.handle.net/10803/471460
Isabel R., Thogersen, J., & Klockner, A.C. (2017). Sustainable seafood consumption in action: relevant behavior and their predictors. Sustainability. https://www.mdpi.com/journal/sustainability
Jon D., Kenneth, B., Gavin, B., Tom, C., Sarah, C., Suki, E., Bob, F., Maire, M., & Helmut, T. (2003). Aquaculture: the ecological issues. Blackwell Science Ltd, Australia
Kamenidou, I., Stavrianea, A., & Zoi Bara, E. (2020). Generational differences toward organic food behavior: insights from five generational cohorts. Sustainability, 12, 2299. doi:10.3390/su12062299 www.mdpi.com/journal/sustainability
Kiong, T. P., Gharleghi, B., & Fah, B. C. Y. (2013). Malaysian young consumer preferences in choosing international fashion brand. Journal of Human and Social Science Research, 1(1), 31-38. http://www.oricpub.com/hssr-journal
Krejcie. V.R. & Morgan, M.W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational And Psychological Measurement, 30(3), 607-610. https://doi.org/10.1177/001316447003000308
Köster, E., & Mojet, J. (2007). Theories of food choice development. 10.1533/9781845692506.1.93.
LKIM. (2019). Laporan risikan pasaran tahunan 2019: ringkasan analisis data. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. https://www.lkim.gov.my/wp-content/uploads/2021/01/Buku-Laporan-Risikan-Pasaran-2019.pdf Mohammad Raduan bin Mohd Ariff, Mohammad Sharir, Ismail Ali, Mazlan Majid, & Hanafi Hussin. (2011). Perkembangan perusahaan perikanan di semenanjung Malaysia: isu dan persoalan. Jati, 16, 265-299
Murray G, Wolff, K, & Patterson, M. (2017). Why eat fish? Factors influencing seafood consumer choices in British Columbia, Canada. Ocean Coast Manage. 144, 16–22
Nur’Hidayah C. A., Salleh M. R., & Mohd Salehuddin M. Z., & Rosmaliza M. (2011). The effect of factors influencing the perception of price fairness towards customer response behaviors. International Journal Of Management Perspectives, 3(27), 28-29.
Olsen, S. O., Scholderer, J., Brunsø, K., & Verbeke, W. (2007). Exploring the relationship between convenience and fish consumption: A cross-cultural study. Appetite, 49(1), 84-91. doi: http://dx.doi.org/10.1016/j.appet2006.12.002
Ramalho, R. A., Altintzoglou, T., Mendes, J., & Nunes, M. (2018). Farmed fish as a functional food: Perception of fish fortification and the influence of origin – Insights from Portugal. Aquaculture, 501. 10.1016/j.aquaculture.2018.11.002.
Razalee Sedek, & Nor Farhana Mohd Samwil (2014). Penerimaan sajian ikan air tawar dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 12 (1), 57-
Rees, A. M. (1992). Factors influencing consumer choice. International Journal of Dairy Technology, 45(4), 112–116. doi:10.1111/j.1471-0307.1992.tb01794.x
Rickertsen, K., Alfnes, F., Combris, P., Enderli, G., Issanchou, S., & Shogren, J. (2016). French consumers’ attitudes and preferences toward wild and farmed fish. Marine Resource Economics, 32 (1), 59-81. DOI: 10.1086/689202.
See, T.K. L., & Narimah Samat (2020). Pengaruh tingkah laku pengguna terhadap penerimaan produk dan industri akuakultur di Pulau Pinang. Journal of Science Social & Humanities, 17(9), 1-22. ISSN: 1823-884x 1
Sundari, R. S., Umbara, D. S., Fitriadi, B. W., & Sulaeman, M. (2019). Consumer preference on catfishes (patin and lele) sweetmeat product. Journal of Physics: Conference Series, DOI:10.1088/1742-6596/1179/1/012166
Thong, N.T., & Solgaard, H.S. (2017). Consumer’s food motives and seafood consumption. Food Qual Prefer, 56, 181–88.
Verbeke, W. (2007). Consumer perception versus scientific evidence of farmed & wild fish: exploratory insight from Belgium. Aquaculture International, 15, 121–136.
Wim, V., Fillep, V., Isabelle, S., John, V. C., & Stefaan, D. H. (2007) Perceived importance of sustainability and ethnics related to fish: A consumer behavior perspective. Ambio, 36(7), 580-585. doi: 10.1579/0044-7447
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Hak Cipta (c) 2023 Journal of Economics and Sustainability

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
