KESAN COVID-19 TERHADAP HASIL KERAJAAN: PERANAN DAN POTENSI PELAKSANAAN SEMULA CBP DI MALAYSIA

Main Article Content

Suriyani binti Saidi
Mukaramah binti Harun

Abstract

Krisis semasa akibat pandemik COVID-19 merupakan cabaran terbesar yang memerlukan tindak balas segera dan terbaik. Untuk memperluas ruang fiskal, sistem percukaian memainkan peranan sangat penting dalam menangani kekurangan hasil kerajaan. Dalam hal ini, memerangi pengelakan dan penghindaran cukai termasuklah aliran kewangan tidak sah melalui sistem cukai tidak telus seperti sistem percukaian kepenggunaan yang diamalkan di Malaysia sekarang iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (CJCP) adalah baik. Dalam kertas ini, pengkaji menggunakan model keseimbangan umum (CGE) bagi mengkaji kesan makroekonomi yang lebih luas terhadap pelaksanaan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP). Perbandingan antara CJCP dan CBP boleh dilihat secara ketara dalam instrumen makroekonomi Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa CBP yang dikenakan pada kadar lebih rendah iaitu empat peratus mampu menjana hasil kerajaan yang lebih tinggi. Ia menyumbang kira-kira tiga peratus peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan berjaya meningkatkan tahap pelaburan. Begitu juga jika kadar CBP dikenakan pada kadar enam peratus bagi tempoh 10 tahun akan datang, ia mampu memberikan lebih banyak impak terhadap hasil kerajaan. Oleh itu, idea pelaksanaan semula CBP adalah untuk menaik taraf mekanisme kutipan cukai kerajaan sekali gus mengurangkan defisit negara.

Metrics

Metrics Loading ...

Article Details

How to Cite
Saidi, S. binti, & Harun, M. binti. (2022). KESAN COVID-19 TERHADAP HASIL KERAJAAN: PERANAN DAN POTENSI PELAKSANAAN SEMULA CBP DI MALAYSIA. Journal of Economics and Sustainability, 4(2), 13–26. https://doi.org/10.32890/jes2022.4.2.2
Section
Articles