INDUSTRI NANAS: PERANAN DAN CABARAN DALAM PENJANAAN EKONOMI MALAYSIA

Main Article Content

Anizah Md Ali

Abstract

Nanas merupakan sejenis tanaman tropika yang dipercayai berasal dari bahagian timur Amerika Selatan. la diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke-16 oleh orang Portugis. Selaras dengan perkembangan tanaman getah, pada tahun 1921, nanas mula ditanam di Singapura, Johor, dan Selangor sebagai tanaman kontan. Costa Rica merupakan pengeluar dan pengeksport utama nanas dunia. Produk nanas terdiri daripada nanas segar, jus nanas, dan nanas tin. Selain itu, nanas juga boleh diproses sebagai jem, sos, halwa, dan dikeringkan. Kedudukan Malaysia dalam pengeluaran dunia secara relatifnya adalah kecil iaitu pada kedudukan ke 19 pada tahun 2020. Namun, ia amat signifikan kepada ekonomi negara dari aspek pendapatan dan peluang pekerjaan. Di Malaysia kawasan penanaman utama adalah di Johor, Selangor, Pahang, Sarawak, Sabah, dan Kedah. Selain pasaran domestik, nanas Malaysia dieksport ke lebih 20 buah negara seperti China, Singapura, Hong Kong, dan Timur Tengah. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis perkembangan, sumbangan, dan cabaran industri nanas dalam penjanaan ekonomi Malaysia. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tanaman nanas di Malaysia amat berpotensi di masa depan dan kerajaan perlu campur tangan untuk memastikan industri ini terus berdaya saing dalam memacu ekonomi Malaysia khususnya bagi menjamin kelangsungan tanaman nanas dan makanan amnya.

Metrics

Metrics Loading ...

Article Details

How to Cite
Md Ali, A. . (2021). INDUSTRI NANAS: PERANAN DAN CABARAN DALAM PENJANAAN EKONOMI MALAYSIA. Journal of Economics and Sustainability, 3(2), 1–15. https://doi.org/10.32890/jes2021.3.2.1
Section
Articles