TY - JOUR AU - Abd Aziz, Mohammad Haris AU - Isam, Hishamudin AU - Alimi, Khairul Faiz PY - 2022/10/31 Y2 - 2024/03/29 TI - EKSPRESI POSITIF MUZIK VIDEO DANGDUT GOYANG UPIN & IPIN: ANALISIS ASPEK MUZIKAL (Positive Expressions of Dangdut Goyang Upin & Ipin music video: Analysis on Musical Aspects) JF - Journal of Creative Industry and Sustainable Culture JA - jcisc VL - 1 IS - SE - Articles DO - 10.32890/jcisc2022.1.10 UR - https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jcisc/article/view/15399 SP - 225-247 AB - <p>Muzik dangdut adalah merupakan salah satu irama yang semakin diminati dan mendapat sambutan hangat dalam dunia hiburan tempatan. Muzik dangdut juga dilihat popular dan disenangi pelbagai golongan masyarakat termasuk kanak-kanak yang mendengarnya. Ketika ini fenomena muzik dangdut semakin diminati dan dapat dilihat dengan jumlah tontonan video yang tinggi terhadap eksistensi lagu-lagu dangdut di laman Youtube. Sebuah lagu berirama dangdut di Malaysia yang menarik perhatian untuk diselidiki adalah lagu berjudul ‘Goyang Upin &amp; Ipin’ (2020). Video muzik animasi yang dimuat naik oleh Syarikat Les' Copaque Production tersebut telah mencatat lebih 1.4 juta tontonan hanya selama 24 jam dan 3.4 juta tontotan selepas 2 hari dimuat naik ke YouTube. Namun begitu, wujud stigma dan pelbagai kritikan ditimbulkan oleh masyarakat yang kurang senang dengan pemilihan irama muzik serta aksi-aksi yang dipaparkan dalam video muzik tersebut. Tidak kurang juga yang beranggapan bahawa aksi ‘gelek’ kesan tindak balas latar muzik dangdut yang dimainkan boleh memberikan kesan negatif kepada minda kanak-kanak. Justeru itu, kajian ini dijalankan dengan kaedah kualitatif dengan penjelasan bersifat naratif terhadap kandungan lagu dalam konteks muzikal bagi menganalisis aspek muzikal lagu dangdut ‘Goyang Upin &amp; Ipin’ secara autentik. Hasil analisis menunjukkan kesan ekspresi muzik dangdut tersebut cenderung mewujudkan rasa gembira dan memberi kesan ekspresi positif terhadap psikologi pendengar.</p> ER -