@article{Abd Aziz_Isam_Alimi_2022, title={EKSPRESI POSITIF MUZIK VIDEO DANGDUT GOYANG UPIN & IPIN: ANALISIS ASPEK MUZIKAL (Positive Expressions of Dangdut Goyang Upin & Ipin music video: Analysis on Musical Aspects)}, volume={1}, url={https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jcisc/article/view/15399}, DOI={10.32890/jcisc2022.1.10}, abstractNote={<p>Muzik dangdut adalah merupakan salah satu irama yang semakin diminati dan mendapat sambutan hangat dalam dunia hiburan tempatan. Muzik dangdut juga dilihat popular dan disenangi pelbagai golongan masyarakat termasuk kanak-kanak yang mendengarnya. Ketika ini fenomena muzik dangdut semakin diminati dan dapat dilihat dengan jumlah tontonan video yang tinggi terhadap eksistensi lagu-lagu dangdut di laman Youtube. Sebuah lagu berirama dangdut di Malaysia yang menarik perhatian untuk diselidiki adalah lagu berjudul ‘Goyang Upin & Ipin’ (2020). Video muzik animasi yang dimuat naik oleh Syarikat Les’ Copaque Production tersebut telah mencatat lebih 1.4 juta tontonan hanya selama 24 jam dan 3.4 juta tontotan selepas 2 hari dimuat naik ke YouTube. Namun begitu, wujud stigma dan pelbagai kritikan ditimbulkan oleh masyarakat yang kurang senang dengan pemilihan irama muzik serta aksi-aksi yang dipaparkan dalam video muzik tersebut. Tidak kurang juga yang beranggapan bahawa aksi ‘gelek’ kesan tindak balas latar muzik dangdut yang dimainkan boleh memberikan kesan negatif kepada minda kanak-kanak. Justeru itu, kajian ini dijalankan dengan kaedah kualitatif dengan penjelasan bersifat naratif terhadap kandungan lagu dalam konteks muzikal bagi menganalisis aspek muzikal lagu dangdut ‘Goyang Upin & Ipin’ secara autentik. Hasil analisis menunjukkan kesan ekspresi muzik dangdut tersebut cenderung mewujudkan rasa gembira dan memberi kesan ekspresi positif terhadap psikologi pendengar.</p>}, journal={Journal of Creative Industry and Sustainable Culture}, author={Abd Aziz, Mohammad Haris and Isam, Hishamudin and Alimi, Khairul Faiz}, year={2022}, month={Oct.}, pages={225–247} }