RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jbsb
RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya merupakan satu inisiatif Unit Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, Jabatan Pengajian Bahasa, SLCP untuk menyemarakkan kegiatan penulisan ilmiah berimpak tinggi. Kehadiran RENTAS diharap dapat membuka ruang kepada para cendekiawan dan para pelajar (khususnya pelajar pascasiswazah) untuk bersama-sama menyebarluaskan hasil penyelidikan berkaitan pengurusan isu-isu bahasa, sastera, dan budaya dalam lingkungan dunia Austronesia dan Malayonesia, selari dengan bidang tujahan UUM, iaitu universiti pengurusan terkemuka.

en-US zamimah@uum.edu.my (Dr. Zamimah Osman) zakuan@uum.edu.my (Dr. Mohamad Zakuan bin Tuan Ibharim) Mon, 31 Jul 2023 00:00:00 +0800 OJS 3.3.0.6 http://blogs.law.harvard.edu/tech/rss 60 ELEMEN BAHASA, BUDAYA DAN PERSEKITARAN DALAM EKOLINGUISTIK https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jbsb/article/view/19846
Perubahan persekitaran global telah banyak memberi impak pada bahasa dan budaya. Perubahan bukan terhad kepada iklim sahaja, malah turut mempengaruhi ekologi hunian bumi ini. Menariknya, perubahan ini turut mempengaruhi perubahan sosio-budaya penutur, pola bahasa dan cara berfikir.   Kajian ini bertujuan memahami bagaimana fenomena perubahan global yang serius ini turut mempengaruhi penggunaan bahasa dan mewarnai pemikiran penutur sebelum dan selepas kesan penglobalan dari perspektif ekolinguistik. Ekolinguistik masih kurang ditekuni dan mempunyai banyak ruang untuk diselidiki. Kajian bersifat multidisiplin ini boleh menjadi pemangkin kepada kajian tentang isu kemanusiaan melalui elemen tiga serangkai, iaitu bahasa, budaya dan persekitaran. Data dihimpun dari akhbar, laman sesawang dan data dialek yang terkumpul dalam penyelidikan lepas. Hasil kajian mendapati penamaan sesuatu tempat atau kampung dahulu sangat berkait rapat dengan topografi. Ada perbezaan di anatara kawasan darat dan laut dan ini boleh dikenali dari penamaan pertempatan seperti Gong, Alor, Tanjung, Sungai, Permatang, dan banyak lagi. Selanjutnya, penggunaan dialek yang berbeza dalam satu kawasan yang berbeza turut memberi sumbangan pada dunia leksikografi. Akhirnya, konflik kesan banjir yang melibatkan alam sekitar dapat dianalisis dari segi semantik dan memperlihatkan dua aliran pemikiran, iaitu, rakyat dan pemerintah. Kajian ini memberi impak pada cara kita mencungkil masalah alam sekitar yang sekali gus memaparkan pola bahasa serta pemikiran masyarakat secara tersurat dan tersirat.
Nor Hashimah Jalaluddin Copyright (c) 2023 RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jbsb/article/view/19846 Mon, 31 Jul 2023 00:00:00 +0800 PENYESUAIAN ORTOGRAFI DAN IMBUHAN KATA PINJAMAN BAHASA ARAB DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008 https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jbsb/article/view/19072
Perubahan bentuk asal sesuatu bahasa sering terjadi apabila bahasa tersebut dipinjam ke dalam bahasa sasaran. Bagi bahasa Melayu, perubahan tersebut dapat dilihat daripada struktur kata, iaitu perubahan sistem ejaan bahasa Melayu, pembentukan morfem tertentu berdasarkan bahasa pinjaman dan perubahan makna yang dibawa oleh kata pinjaman. Perubahan tersebut merupakan hasil intergrasi bahasa sumber dengan bahasa sasaran yang dibuat bagi penyesuaian natif. Makalah ini melihat perubahan kata pinjaman bahasa Arab yang terdapat dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008 dalam aspek linguistik. Dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008 yang mempunyai 87 muka surat, terdapat sebanyak 1,482 perkataan telah disenaraikan oleh perisian AntConc yang merangkumi semua kata akar dan kata terbitan, kata hubung, kata ganda dan kata nama, iaitu nama individu dan nama tempat. Proses ini bagi menyenaraikan semua kata yang akan digunakan sebagai data. Daripada jumlah itu, 148 perkataan merupakan kata pinjaman bahasa Arab dengan semakan dibuat secara manual iaitu dengan merujuk kamus. Namun begitu, hanya 119 perkataan sahaja yang dilihat aspek perubahannya selepas penyisihan data yang tidak melibatkan perubahan makna seperti nama orang, nama tempat, agama, kaum dan sebagainya Hasil analisis yang dijalankan mendapati, perubahan ejaan merupakan perubahan yang paling ketara berlaku bagi penyesuaian ortografi, iaitu sebanyak 115 perkataan. Perubahan kedua terbesar yang berlaku ialah imbuhan akhiran -un yang tidak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu selepas peminjaman iaitu sebanyak 101 perkataan. Perubahan makna perujukan dan golongan kata turut berlaku dan menyebabkan perubahan struktur kata secara keseluruhan selepas peminjaman dibuat. Kajian ini telah memberikan suatu dapatan yang boleh membantu dalam aspek perkamusan kata pinjaman Arab, pembentukan kata pinjaman dan peristilahan selain membantu dalam aspek etimologi kata.
Any Rozita Abdul Mutalib Copyright (c) 2023 RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jbsb/article/view/19072 Mon, 31 Jul 2023 00:00:00 +0800 MANIKAM KALBU https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jbsb/article/view/15493
Sastera remaja antara cabang yang perlu diberikan perhatian dalam mengetengahkan identiti Melayu sebagai landasan membentuk jati diri dan sahsiah yang berkualiti dalam diri seorang remaja. Masalah lambakan novel remaja yang mengangkat tema pornografi dan tidak menjaga ketertiban bahasa adalah permasalahan yang membimbangkan. Fenomena ini mentamsilkan keterbatasan pengarang dalam mengangkat persoalan yang relevan serta berunsurkan pendidikan khususnya untuk golongan remaja. Penelitian ini menjadikan novel Manikam Kalbu karya Faisal Tehrani sebagai teks kajian. Naskhah Manikam Kalbu telah diangkat sebagai pemenang tempat pertama dalam Sayembara Mengarang Novel sempena perayaan Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Keunggulan novel ini turut terserlah apabila dipilih oleh panel penilai sebagai pemenang kategori novel remaja dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) sesi 2006/2007. Makalah ini bertujuan mengenal pasti elemen identiti Melayu yang diungkapkan dalam novel Manikam Kalbu. Pendekatan Sosiologi Sastera oleh Alan Swingewood dijadikan panduan dalam mendasari penelitian ini. Kaedah kualitatif diterapkan bagi mencapai objektif kajian, iaitu dengan menggunakan kaedah pengumpulan data dan kaedah analisis kandungan. Novel Manikam Kalbu menampilkan watak remaja yang ideal serta berupaya menjadi suri teladan kepada golongan pembaca khususnya remaja. Hasil kajian mendapati novel Manikam Kalbu menyerlahkan identiti Melayu seperti busana Melayu, adat Minang, adab memuliakan tetamu dan adat mengadap raja yang boleh mendekatkan golongan remaja pada usul bangsa dan memperkukuhkan jati diri mereka dalam era globalisasi ini.
Mohd Haniff Mohammad Yusoff Copyright (c) 2023 RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jbsb/article/view/15493 Mon, 31 Jul 2023 00:00:00 +0800 DIALEKTOLOGI IBANIK https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jbsb/article/view/19483
Dialek Ibanik yang tergolong di dalamnya variasi seperti Seberuang, Kantuk, Iban dan Mualang berkongsi fakta historis yang sama, tetapi kurang jelas susur galurnya. Hal ini menimbulkan beberapa persoalan. Seberapa luaskah cakupan rangkaian dialek Ibanik? Apakah ‘gunung’ dan ‘dataran’ utama dalam topografi linguistik yang berbeza dan serupa yang terpakai dalam penamaan dialek Ibanik? Siapakah yang memahami pertuturan siapa? Komuniti mana yang menuturkan dialek sendiri, dan yang mana pula dipaksa menggunakan lingua franca untuk berkomunikasi? Kesemua persoalan ini dibincangkan dari tiga perspektif berteraskan metafora yang dipinjam daripada ilmu fizik, yakni ‘zarah’, ‘gelombang’ dan ‘medan’. Akhir sekali, tulisan ini berhajat untuk mencari titik temu dan perbezaan antara ketiga-tiga perspektif.
Karl Anderbeck Copyright (c) 2023 RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jbsb/article/view/19483 Mon, 31 Jul 2023 00:00:00 +0800 SITUASI PENGGUNAAN DEIKSIS SO DALAM MESYUARAT PENGURUSAN https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jbsb/article/view/19122
Peralihan kod merupakan satu fenomena melibatkan pengungkapan istilah daripada bahasa berbeza dengan bahasa yang sedang digunakan. Alih kod bukanlah perkara asing kerana keupayaan pengguna bahasa dalam menuturkan lebih daripada satu bahasa diyakini membuka ruang kepada penggunaan lebih daripada satu bahasa dalam peristiwa bahasa. Meskipun alih kod memperlihat keupayaan penutur dalam berbahasa, namun tidak dinafikan ia sebenarnya mencerminkan penuturnya tidak menguasai sistem bahasa terutama kosa kata bahasa yang digunakan. Justeru, kajian ini bertujuan menghuraikan perihal peralihan kod dalam tuturan 49 guru di SMK Simpangan, Beluran, Sabah yang menumpu secara khusus kepada pengungkapan deiksis so sebagai item alih kod. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi analisis teks. Data dikumpul dan dirakam melalui mesyuarat guru secara dalam talian. Data kemudiannya dianalisis secara teks secara satu persatu untuk mengesan kesemua item alih kod so berteraskan teori deiksis oleh Huang (2015). Hasil analisis mendapati terdapat lima peranan deiksis so, yakni diguna untuk merumus, menyambung topik atau sebelumnya, penanda hubungan, mengemukakan huraian untuk menjelaskan pernyataan terdahulu dan mengemukakan maklumat baharu. Beberapa faktor peralihan kod dikenal pasti, yakni pengaruh pendidikan bahasa yang diperoleh sejak awal usia, amalan peminjaman kata melibatkan pertimbangan terhadap perihal tertentu dan pertembungan dua bahasa. Oleh yang demikian, hasil analisis penggunaan penanda wacana so dalam tuturan para guru di sekolah berkenaan membuktikan bahawa bahasa memiliki sifat ‘hidup’, maka tentulah suatu bahasa itu tidak terlepas daripada perkembangan dan sebaran peristilahan daripada suatu bahasa lain. Penggunaan penanda wacana itu telah sebati sebagai sebahagian daripada penanda komunikasi lisan penutur bahasa di Sabah yang menyebabkan ia sukar dihilangkan daripada proses komunikasi.
Winddy Kinduo, Saidatul Nornis Hj. Mahali Copyright (c) 2023 RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jbsb/article/view/19122 Mon, 31 Jul 2023 00:00:00 +0800 KESULTANAN BRUNEI DAN ACEH TRADISIONAL (ABAD KE 14 – 19 MASIHI) https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jbsb/article/view/19472
Makalah ini bertujuan membincangkan perbandingan konsep daulat dan derhaka di antara Kesultanan Brunei dan Aceh tradisional (abad ke 14 – 19 Masihi). Perbandingan hanya menerokai dalam aspek Khalifah Allah dan hubungan keturunan kedua-dua kesultanan dengan baginda Rasulullah sallallahu alaihi wassallam serta Raja Iskandar Zulkarnain. Hal ini boleh dikesan menerusi sumber - sumber tempatan kedua-dua kesultanan seperti teks terasul, Syair Awang Semaun, Shaer Rakis, Hikayat Aceh, Bustan Al Salatin, Taj Us Salatin dan Adat Aceh. Perbandingan ini juga akan dihubungkan dengan bukti – bukti sejarah yang memperlihatkan sejauh mana sultan-sultan Brunei dan Aceh melaksanakan pemerintahan sebagai Khalifah Allah sebagai teras kepada konsep daulat dan derhaka. Hal ini akan diteliti khususnya dalam melaksanakan hukuman yang adil dalam semua perkara yang melibatkan berbagai lapisan rakyat.
Prof. Dr. Haji Awg Asbol Haji Mail Copyright (c) 2023 RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jbsb/article/view/19472 Mon, 31 Jul 2023 00:00:00 +0800 KONOTATIF, AFEKTIF DAN REFLEKTIF MEMANIFESTASI KEBIJAKAN AKAL BUDI MELAYU PATANI https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jbsb/article/view/14537
Kecekapan minda Melayu dapat dilihat melalui pelbagai bentuk khazanah berbahasa Melayu dalam karya-karya sastera seperti pantun, sajak, cerpen, novel termasuk juga penciptaan lirik lagu. Makna yang terdapat dalam lirik lagu merupakan pengertian yang bukan sahaja muncul daripada bahasa yang disusun dan digunakan, malah mempunyai perkaitan dengan bentuk pemikiran penulis lirik lagu tersebut. Sehubungan itu, kajian ini dihasilkan untuk menganalisis makna yang terdapat dalam lirik lagu Melayu Patani terpilih bagi mengenal pasti bentuk pemikiran, serta menganalisis jenis-jenis makna perkataan dan gaya berfikir yang terdapat dalam lirik lagu tersebut. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan konsep tujuh jenis makna yang diperkenalkan oleh Geoffery Leech (1974). Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga jenis penggunaan makna, iaitu makna konotatif, afektif dan reflektif. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa ketiga-tiga skema gaya berfikir tersebut terserlah melalui bait-bait lagu yang diaplikasikan melalui penggunaan jenis-jenis skema berfikir tersebut. Dapatan turut menunjukkan bahawa kata-kata dalam lirik lagu bukanlah hanya untuk menghibur, tetapi turut bertujuan untuk menggambarkan kehidupan yang dialami oleh penduduk Patani, selain bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram dan juga memberi semangat kepada penduduk setempat yang sedang melalui kehidupan yang cukup mencabar, di samping mendidik para pendengar dengan pelbagai nilai murni.
Waemasna Waeyusoh, Yusniza Yaakub Copyright (c) 2023 RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jbsb/article/view/14537 Mon, 31 Jul 2023 00:00:00 +0800 BENARKAH MORFOLOGI BAHASA MELAYU SEDIA ADA BERSIFAT SEKUNDER? https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jbsb/article/view/20305
Morfologi adalah ilmu pembentukan kata, dan setiap kata dikatakan terbentuk daripada morfem iaitu unit bahasa terkecil yang mempunyai makna atau fungsi tatabahasa. Masalahnya ialah selain daripada morfem terikat (seperti awalan, akhiran dan sebagainya), banyak morfem bebas bahasa Melayu yang difahami selama ini masih boleh dianalisis lagi kepada unit lebih kecil seperti bukit kepada bu- dan -kit yang mana kedua-dua suku kata bu- dan -kit mempunyai makna masing-masing. Dengan ini objektif kajian makalah adalah untuk membezakan morfologi primer yang berdasarkan suku kata (sebagai unit bahasa terkecil) daripada morfologi sekunder sedia ada yang berdasarkan morfem “bebas” yang umumnya merupakan kata dua suku kata atau ke atas. Kaedahnya adalah dengan membuktikan kebanyakan morfem “bebas” bahasa Melayu adalah terikat pada suku kata serta maknanya sekali gus merupakan morfem terikat pada hakikatnya. Dengan ini analisis morfologi Melayu sedia ada adalah bersifat sekunder dan perlu dilengkapi dengan analisis peringkat primer dengan memecahkan morfem-morfem “bebas” kepada unit lebih kecil lagi bermakna iaitu suku kata bahasa Melayu.
Tee Boon Chuan Copyright (c) 2023 RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jbsb/article/view/20305 Mon, 31 Jul 2023 00:00:00 +0800 ETIMOLOGI KESINONIMAN KATA ASING DALAM BAHASA MELAYU https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jbsb/article/view/18918
Artikel ini membincangkan perihal pewujudan bentuk kata yang bersinonim dalam bahasa Melayu melalui proses peminjaman kata daripada pelbagai rumpun bahasa. Penentuan dan pemilihan data terpilih dibuat berdasarkan makna dan asal usul kata yang telah dikenal pasti dalam kajian lepas yang mewujudkan bentuk bersinonim. Setiap data dipilih dipadankan dengan perkataan Melayu lain yang memiliki fitur persamaan dari sudut makna. Penelitian kata bersinonim dibuat berdasarkan pengaplikasian kerangka etimologi Collins (2003) yang telah diperkemaskan bersesuaian dengan objektif kajian ini. Penelitian dari sudut masa meliputi aspek penggunaan kata dalam bahasa Melayu turut dibincangkan. Pertembungan bahasa yang berlaku dan prestij bahasa mendorong berlakunya peminjaman kata daripada pelbagai rumpun bahasa. Fenomena yang berlaku secara tidak langsung membentuk kata yang bersinonim dengan perkataan Melayu sedia ada dan pembentukan kata bersinonim juga berlaku lebih daripada dua kata. Kajian ini juga mendapati kata bersinonim yang wujud menerusi peminjaman disebabkan oleh perubahan zaman yang mendorong pengguna bahasa meminjam bentuk kata lain yang diterima umum serta difahami oleh masyarakat setempat.
Mohamad NorTaufiq Nor Hashim, Zhang Yingchen, Ren Hanyu, Yang Di, Lu Shiqing, Wen Qing Copyright (c) 2023 RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jbsb/article/view/18918 Mon, 31 Jul 2023 00:00:00 +0800 AKTIF, PINTAR DAN BERWIBAWA https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jbsb/article/view/15425
Makalah ini bertujuan meneliti lakaran perwatakan watak wanita yang yang terdapat dalam siri dan filem animasi bergenre aksi, khususnya siri animasi Ejen Ali: Musim 1, siri animasi Ejen Ali: Musim 2 dan filem Ejen Ali The Movie. Kajian ini juga berhasrat untuk merincikan jumlah watak wanita yang dipaparkan dalam siri dan filem ini berbanding dengan watak lelaki selain memerihalkan citra watak wanita yang terdapat dalam siri dan filem ini. Dapatan menunjukkan 38 watak wanita yang ditampilkan dalam siri animasi Ejen Ali: Musim 1, seramai 58 watak wanita pula dalam siri animasi Ejen Ali: Musim 2 dan 7 watak wanita dalam filem Ejen Ali The Movie. Watak lelaki didapati terus mendominasi dari segi populasi watak sama ada dalam rancangan bersiri ataupun filem. Dapatan juga memperlihatkan bahawa watak wanita dalam siri dan filem ini juga bersifat atipikal, khususnya aktif, bijak, mempunyai sifat pemimpin, berkerjaya dalam bidang sains dan kejuruteraan, cantik dan kurus, agresif, lasak serta bertentangan dengan stereotaip gender yang tradisional.
Mawarni Nazrin, Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail Copyright (c) 2023 RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jbsb/article/view/15425 Mon, 31 Jul 2023 00:00:00 +0800 CERMINAN KUASA MELALUI PERIBAHASA MELAYU YANG BEROBJEKKAN ‘GAJAH’ DAN ‘HARIMAU’ https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jbsb/article/view/19305
Peribahasa berobjekkan haiwan digunakan sebagai simbol bagi menggambarkan realiti kehidupan masyarakat Melayu dan mempunyai nilainya yang tersendiri untuk dijadikan panduan hidup. Cara hidup orang Melayu lama yang selalu meneliti unsur alam dan mengenali sifat haiwan menyebabkan mereka menggunakan haiwan sebagai simbol untuk berkias dan memberikan teguran. Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti peribahasa yang menonjolkan konsep kuasa melalui objek ‘gajah’ dan ‘harimau’ Merungkai perkaitan antara objek dan aspek pemaknaan peribahasa yang berobjekkan ‘gajah’ dan ‘harimau’ melalui pendekatan semantik inkuisitif. Data peribahasa Melayu telah dikumpulkan daripada pangkalan data www.malaycivilization.com dan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Daripada sejumlah 275 peribahasa yang berobjekkan haiwan, lapan peribahasa yang berobjekkan ‘gajah’ dan ‘harimau’ telah dikenal pasti mengandungi kuasa sebagai aspek pemaknaannya. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan Rangka Rujuk Silang (RRS) dan pendekatan semantik inkuisitif dalam penganalisisan data. Data yang diperoleh telah diperkukuh dengan hasil janaan data korpus yang menunjukkan persamaan antara ciri-ciri fizikal yang dipunyai oleh haiwan tersebut dengan konsep kekuasaan yang terdapat dalam elemen pemaknaannya. Kekuatan gajah yang terletak kepada ‘saiznya’, manakala kekuatan harimau pula terletak kepada ‘ ‘belangnya’. Kekuatan bagi kedua-dua haiwan ini, telah menyebabkan masyarakat Melayu menganalogikannya sebagai cerminan kekuasaan dalam peribahasa. Gabungan data, teori, falsafah dan budaya yang terdapat dalam semantik inkuisitif menjadi medan dalam dapat menghasilkan huraian makna yang merungkai perkaitan antara objek peribahasa yang digunakan dengan elemen pemaknaannya.
Julaina Nopiah, Mohammad Aasim Addli, Maizura Osman Copyright (c) 2023 RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jbsb/article/view/19305 Mon, 31 Jul 2023 00:00:00 +0800 PENYEBARAN SISTEM VOKAL DMP DI YAHA https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jbsb/article/view/19106
Kajian ini dilakukan bertujuan melihat ciri linguistik bagi setiap varian yang wujud di Yaha. Bentuk vokal dilihat dari segi kesejajaran dan penyebarannya dalam ruang geografi, sama ada wujudnya persamaan ataupun perbezaan dalam varian tersebut. Metodologi yang digunakan ialah metodologi kualitatif yang dimanfaatkan dalam kajian dialektologi, khususnya kajian lapangan yang berkaitan dengan lokasi kajian, pemilihan informan, pengumpulan data dan menganalisis data. Hasil dapatan menunjukkan bahawa di tujuh kawasan kampung yang menggunakan varian itu, pertama wujudnya kesejajaran dan penyebaran sistem fonologi bagi vokal pada sesetengah kawasan kampung di Yaha. Kedua, dialek Melayu Patani Yaha dapat dibahagikan kepada tiga varian utama, iaitu varian Yaha asli atau varian tempatan Yaha, varian pendatang (varian Pattani) dan varian campuran. Ketiga-tiga varian utama yang diperoleh daripada kawasan kajian menunjukkan bahawa varian di Yaha atau sub-varian Yaha mempunyai ciri-ciri linguistik yang agak berbeza dengan varian-varian lain di selatan Thailand (Patani). Hal ini dikatakan demikian kerana melalui kajian ini, keunikan dialek, terutama sekali dialek Melayu yang wujud di selatan Thailand dapat diketengahkan.
Ibrohim Malee Copyright (c) 2023 RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jbsb/article/view/19106 Mon, 31 Jul 2023 00:00:00 +0800